Sunday, 19 January 2014

Warkah Kasih

Warkah Kasih Umi untuk buah hati Umi kelak,
Assalamualaikum sayang,
doa diiringi harapan agar anak  Umi bisa menjadi pejuang2 di jalan ALLAH,
insya-ALLAH.
Ni ada pesanan untuk anak Umi:

Sedari kecil lagi, insya-ALLAH Umi akan ajarkan agar anak Umi bangun di awal pagi. Ini permulaan pelajaran dalam kehidupanmu. Umi takan biarkan mu tidur yang berlebihan, cukup sekadar merehatkan badan dan minda. Ini penting ya anakku, bangun awal pagi rezeki murah. Andai terasa mengantuk yang amat sangat, boleh Qailullah, tak ada masalah. Satu jam cukup ya sayang.

Di malam hari pula, tidur awal. Umi takan biarkan anak Umi tidur lewat, samada tonton tv atau main PS2, tak akan ajar pun. Hidup biar berdisiplin, nak berjaya dunia dan akhirat perlu jaga disiplin diri. Nak biasakan perlu diajar dari kecil.

Umi takan rela anak Umi mengenali Dunya. Ketahuilah anakku bahawa dunia ini tersangatlah kejam, ianya nampak indah namun menghancurkan. Biarkan sahaja dirimu kenali perihal akhirat, jika dah kenal akhirat, insya-ALLAH dirimu takan gentar berdepan dengan tipu daya dunia.

Anakku sayang, untukmu yang Umi pun tak pasti bila kan kita bertemu, maafkan Umi ya, lahir di rahim Umi, membesar dengan didikan Umi, no entertainment, no facebook, no twitter, no social network, no selfie, no cinema, no karaoke, no junk food, no fast food, no cartoon, no playing a game, no hanging out wasting your time, no couple, no gedik2, no music, no k-pop, no lagha2, no no n no okey? no need follower or follow the twitter, just need to follow the rules of al-Quran said and the Sunnah of Rasulullah. Bila benda2 ni dah dibiasakan dari kecil, ia akan menjadi rutin semasa dewasa. Petanda gejala yang harus dielakkan. Umi cuma akan ajarkan anak Umi Reading. Membaca sayangku. Rasul kita juga dituntut supaya membaca. Membaca itu jambatan ilmu, jangankan ilmu dunya, ilmu akhirat apatah lagi. Umi akan penuhkan rumah kita nanti dengan bahan bacaan. Nak tanamkan sikap suka membaca ni, perlu diterapkan dari kecil. Gadget segala bagai ni, Umi takan galakkan. Tak perlu semua tu, cukup al-Quran dan Sunnah penyuluh hidupmu. Bosan, baca al-Quran dan pelajari serta amalkan sunnah Rasulullah. Dalam al-Quran juga dah penuh dengan segala yang kita perlukan semasa di dunia ini, malahan lebih dari itu dirimu bakal peroleh akhirat sayangku. 

Anak Umi yang dikasihi, Umi akui dalam diri Umi ada sedikit sifat tegas, mungkin garang. Kerana sejak lahiriah lagi Umi dibiasakan begitu, ianya sebati dalam diri Umi. Namun Umi sendiri tidak gemar diperlakukan seperti itu, Umi tak mahu dek kerana sikap yang terlampau tegas itu akan menjarakkan hubungan antara kita. Namun Umi takan keraskan suara Umi pada anak Umi. Biarlah kita bersahabat, berkongsi suka dan duka, bercerita segala-galanya. Umi akan ajar anak2 Umi dengan penuh kelembutan namun tegas. 

Siti Khadijah dan Aisyah r.a menjadi role model. Subhanallah, kenalilah hamba2 ALLAH ini anakku, mereka benar2 menggugat naluri Umi. Mereka Umi jadikan contoh terbaik. Begitu juga dengan Fatimah Az-Zahra, I adore her too much my dear. Hidup dengan penuh bersederhana, cukup dengan apa yang ada. Bertuahnya Ali memiliki isteri yang mempunyai secantik2 akhlak. Subhanallah... Berlinangan air mata Umi membaca mahupun mendengarkan kisah mereka. 

Anakku (perempuan) jadilah seperti Siti Khadijah yang sentiasa menjadi penenang jiwa Rasulullah, juga seperti Aisyah yang sentiasa penuh ilmu di dadanya, mahupun Fatimah Az-Zahra yang sentiasa bersederhana dengan apa yang ada.

Anakku (lelaki) terapkan akhlak mu seindah Rasulullah, baginda adalah sebaik2 contoh dan tauladan sayang.

Anakku, Umi akur, tak punya ilmu menggunung, dek kerana itu Umi mahu anak2 Umi timba ilmu byk2, biarlah sehingga akhir hayat sekalipun. Apa yang Umi dah lalui, janganlah anak-anak Umi laluinya juga. Siapa Umi hari ini, bagaimana Umi hari ini, hasil dari tatih Umi sendiri. Kesilapan itu tak perlu dicari, namun harus diperbaiki. Mungkin payah, namun Hidayah ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba2 yang dikendaki-Nya. Jangan risau anakku, Umi akan sentiasa bersamamu. Sehinggalah tiba masa untuk Umi pergi dari dunia, harapan Umi agar segala yang Umi ajari diterapkan ke dalam diri.

Salam sayang, Umi <3

*Ini mungkin tinggal impian dan harapan andai maut menjemput kita terlebih dahulu. Namun bukan alasan untuk kita tak punya impian. Mungkin ada antara kita yang lahir dari keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat, maka proses didikan itu telah bermula sedari kecil, Mujahadah itu mungkin mudah bagi mereka. Namun, mungkin sebahagian lagi tidak, maka Mujahadah itu mungkin sesuatu yang sukar bagi mereka. Ia tetap bukan alasan untuk kita tak berusaha melayakkan diri kita utk mendapatkan syurga ALLAH. Sayang anak2 tak semestinya limpahkan mereka dgn kemewahan dunia shj, namun limpahkan juga dgn harta2 akhirat, iaitu amalan2 soleh. Tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab di sekolah shj, tanggungjawab atas diri kita, didikan itu dari kita, dari ibu bapa itu sendiri. Jangan biarkan anak2 hanyut dengan hal dunia, malah jangan didedahkan pun. Jauhkanlah. 

Untuk diri kita, yang masih bujang, kita masih dalam proses Mujahadah, masih perlu belajar, mungkin bertatih sendiri kiranya latar belakang famili bukan latar agamawan. Kuatkan hati, cuba dan cari diri sendiri, jgn kerana itu kita jadikan alasan tidak mahu berubah. Dunia, dunia juga, harta akhirat pun kena gali jgk kan?

"Ya ALLAH, gentar daku membayangkan bertapa dasyatnya seksaan azab kubur, panasnya api neraka-Mu. ALLAHU, jauhkan wajah ibu bapaku dari disambar api neraka-Mu. Jadikan aku pendorong mereka ke Syurga-Mu. ALLAHUMA AMIN..."

Friday, 3 January 2014

La Tahzan, Demi ALLAH, sesungguhnya Dia bersama kita.

Assalamualaikum wbt
Entry kali ni istimewa sikit, sebab ia dituju khas buat seseorang yang bernama sahabat. Tersenyum.

Ahaha, sory lah, sejak akhir2 ni rasa macam nak senyum manjang. Alhamdulillah, semoga rahmat ALLAH akan tetap bersama-sama kita, inshaa-ALLAH.

Buatmu teman, jangan gundah gulana. Masih ada sinar untuk kita. Pegang kata-kataku ini:

"Yakin, doa, tawakal & berserah.Percayakan takdirnya, Inshaa-ALLAH, ALLAH takan sesekali menghampakan hamba-Nya yang meletakan sepenuh harapan pada ketentuan-Nya."


Dihujani ujian? Jangan sesekali menyerah kalah. Ujian bukan untuk melemahkan tetapi mengajar kita erti kekuatan.

Kalau ada yang pernah terbaca post fb sebelum ni, saya ada nyatakan bahawa hidup kita takan pernah sama selamanya. Semakin meningkat usia kita akan ada banyak hal yang mungkin berubah. Maksudnya, dari ujian yang kecil sehinggalah kepada ujian yang besar yang mungkin akan kita lewati bersesuaian seiring dengan peningkatan umur kita.

Waktu kecil, ujiannya kecil-kecil. Sebagai contoh, jatuh basikal, luka, sakit. Mengapa kita jatuh? mengapa kita? walaupun kita masih kecil, masih belum mengerti, tapi ujian tu tetap ada demi mengajar kita erti kekuatan. Walaupun jatuh, kita bisa bangun kembali.

Tapi, semakin kita meningkat dewasa akan datang hal-hal yang kompleks yang mungkin kita akan fahaminya dengan sendiri. Sebab makin dewasa makin kita tahu dan berakal utk berfikir lebih jauh. 

Mungkin selama ni, selama kita diuji, kita tak terasa diuji. Mungkin? Sebab hal2 yang menguji tu lumrah dalam kehidupan manusia. Seperti gagal dalam peperiksaan, salah faham dengan kawan, iri hati oleh org lain, re-do esaimen, atau mungkin kita tak pernah hadapi rasa sakitnya diuji dengan perasaan hati. Bila kita jauh dari rahmat ALLAH pun kita tak sedar. Mungkin hubungan kita selama ni, smooth, mungkin kita down sekejap, pastu oke. Tapi akan datang suatu masa, satu ujian berat menghempap diri kita tiba-tiba. Sekaligus membuatkan kita rasa payah untuk laluinya. Sakit sangat menanggung derita perasaan.

"Sakit dikecewakan manusia apalah sangat? Tapi pernahkah kita berfikir sejenak? Pernahkah ALLAH kecewakan kita? Adakah datangnya ujian pada kita menandakan ALLAH telah mengecewakan kita? Sebak."

Fikirkan sekali lagi, fikir dengan sedalam-dalamnya. Selama ni kita tak pernah lalui ujian seberat ni, seberat tu, tapi hari ni kita menerima ujian sebegitu. Mengapa? Kejamkah ujian itu pada kita?

Fikir dan teruskan berfikir, tepuk dada tny hati. Adakah ALLAH sedang berbuat kejam pada kita atau sebenarnya Dia sedang memberi perhatian kepada kita agar kita berpaling dan melangkah kembali pada-Nya.

Kejamkah ALLAH mahu kita menangis pada-Nya?
Kejamkah ALLAH mahu kita merintih pada-Nya?
Kejamkah ALLAH mahu kita kembali pulang bertemu dengan-Nya?

Boleh tak walau sedetik pun kita fikirkan segala kebaikan yang ALLAH dah bagi pada kita? Tak terasakah hati nurani kita ni bertapa ALLAH itu Maha Pengasih & Penyayang?

Kejamkah ALLAH memberi sedikit ujian utk beri peringatan agar kembali pada-Nya, sedangkan sewaktu Dia beri kenikmatan kita melupakan Dia?


Sebab ALLAH tak datangkan ujian tu untuk melemahkan hati kita.
Sebab ALLAH cuma tak mahu kita terbuai.
Sebab ALLAH takan jadikan sesuatu tu dengan sia-sia.
Sebab apa pun alasan kita, ALLAH tetap ada dengan kita.
Sebab hidup dan mati kita hanya untuk ALLAH.
Sebab kita sebenarnya tiada alasan pun untuk menjadi lemah bila yang sebenar-benarnya ALLAH masih bersama kita.
Sebab ALLAH akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.
Sebab kalau kita rasa ujian yang kita lalui tu besar, sebenarnya ada orang lain yang lebih besar ujiannya dan bagaimana untuk kita katakan kita tak mampu hadapi sedangkan fakir miskin juga masih bisa bernafas sehingga ke hari ini dan berusaha untuk hidup sedangkan kita sempurna akal beserta rezeki yang melimpah ruah, pernahkan kita merasa lapar & dahaga seperti mereka?
Renungkan.

Sekiranya kita rasa ujian itu terlalu berat utk kita, fikirkan sekali lagi dan lagi dan sehingga kita sedar dan lihat bahawasanya kasih ALLAH selama ni melebihi ujian yang diberi.

"Buatmu teman, maaf andai tintaku menggores hatimu. Sesungguhnya Demi ALLAH Yang Maha Esa, kita dipertemukan atas keizinan-Nya. Kita bersahabat atas Rahmat-Nya. Kita berubah juga atas kehendak-Nya. Demi ALLAH, sesungguhnya aku bersyukur memperolehi teman sepertimu. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu Akhbar. Sungguh kerana kasih ALLAH membawa persahabatan kita sehingga ke hari ini. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Dikala hatimu merasa sakit, aku juga merasakan perkara yang sama. Namun yakin & percaya, kasih ALLAH tetap akan bersama-sama kita. Inshaa-ALLAH. Semoga ALLAH meredhai persahabatan ini bukan sekadar di dunia shj, malah kekal hingga ke akhirat sana. ALLAHUMA AMIN..."

La Taghar... Akan datang tarbiah dari ALLAH. Solat lima waktu mgkin cukup, namun kita tak pernah berusaha mmberi DIA lebih. Sedangkan Dia kasih, Dia beri, maka kita diuji.

Bagaimana kita mahu mgharapkan lebih andai kita juga tdk berusaha utk berikan yg terbaik? 

"Tak perlu simpan harapan, hanya titipkan doa. Doa yang baik-baik. Insya-ALLAH. Yakin."

Dari ALLAH kita datang dan kepada-Nya kita akan pulang.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH begitu juga dengan yang kurang cuma disandarkan atas diri saya yang hina ini. Semoga entry kali ni bermanfaat dan membantu.


P/s: Kalo saya tulis buku, agak2 laku tak? ngee gedik plk nak tny xD btw lukisan tu saya pinjam lukisan org je tau.