Sunday, 21 April 2013

Mawar Berduri

Salam serta Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, serta keluarga & sahabat Baginda.
Semoga kita terpilih untuk memperolehi Syafaat Baginda.

Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat memuliakan martabat seorang perempuan.

Dunia ini adalah perhiasan, & sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita (isteri) solehah. [Riwayat Muslim]

Beruntungkah kita?

Jawapannya ya. Kita (wanita) sangatlah beruntung kerana telah diangkat martabatnya.

Tetapi sejauh manakah layaknya kita diangkat seperti itu?

Seakan sebak hati ini, menghampakan Rasulullah SAW dalam menjaga hal yang sepatutnya malahan dituntut!

Wahai wanita, terdetikkah dalam hati kita bahawa...
Kita sangat berharga?

Semakin dibuka, semakin . . .?
Tapi...
Semakin ditutup, semakin tinggi nilainya.
Ibarat mawar berduri,
Cantik dilihat, tapi sukar didekati.

Hati ini meronta,
Apakah cukup pelindunganku selama ini?
 Tertutupkah aku selama ini?
Akukah permata yang dicari?
Akukah mawar yang berduri itu?
Akukah bidadari istimewa?
Dambaan insan bertaqwa...

Aku juga, pendosa hina. Malah belum lengkap Imanku. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang tersimpan dalam hati ini saat jasad ingin melangkah keluar dari rumah.
Pelbagai soalan timbul di benak fikiranku...

Redhakah ALLAH dengan pakaianku ini?
Redhakah ALLAH dengan tingkahku ini?
Redhakah ALLAH dengan langkahku ini?

Semua persoalan itu bermain-main difikiran & merunsingkan!

Dah tahu semua tu,jadi
APA MASALAHNYA LAGI?

Masalah kita sekarang adalah tiada yang menegur, (tegas!)


Aku berpakaian begini, lengkapkah sebagai muslimah?


Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan aku perlukan kepastian. Persoalan ini menghimpit fikiran. (seringkali)


Mengapa tiada yang menegur???

Tegurlah aku. Tolonglah. Seseorang, katakan itu salah.
Hanya secebis ketegasan yang aku perlukan.


Jujur...kita bicara dari hati ke hati.

Ini yang kita (semua perempuan) rasakan kan?
Ini yang kita semua mahukan kan?


Hanya secebis keTEGASan dari insan yang sepatutnya menegur kita.

Siapa?

1. Ayah
2. Abang
3. Suami


Tapi mengapa ya? Mereka gagal, mereka lemah dalam menjalankan tanggungjawab itu?

Perempuan itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik hiasan adalah perempuan (isteri) solehah.

Alangkah indahnya, kita cantik hanya pada pandangan yang berhak ke atas kita sahaja.

Tepuk dada tanya Iman.

Akukah wanita solehah?
Akukah penghuni Syurga?
Akukah permata keluarga?
Akukah dambaan insan bertaqwa?
Akukah?

ATAU...

Akukah wanita biasa?
Akukah hanya menghiasi dunia tetapi tidak di Syurga sana?
Akukah yang senang didekati?
Akukah bukan pilihan Insan bertaqwa?
Akukah?


Solehah itu perlu dicari, tetapi harus ada yang membimbing.

Ayuh Adam, perjuangkan "hak" mu.
Sila jalankan tanggungjawabmu.
Jangan kau terheret sekali ke dalam neraka.

Wanita salah, kau harus tampil membetulkannya, bukan mengambil kesempatan.

Ini bukan kes cari salah siapa.

Tetapi kita harus bergandingan sesama kita.
Banteras bisikan syaitonirojim.

Perkukuhkan benteng pertahanan Iman kita.

Ayuh, Bangkitlah semua. Jangan terbuai lagi.
Bangun dari diulit mimpi indah yang seketika itu, kita akan terjaga sebentar lagi dan realitinya berbeza! Realitinya pasti ibarat mimpi ngeri andai kita masih leka.
Tolonglah, penghuni neraka sudah ramai dari kalangan perempuan.
Tidak kasihankah?

Ayuh Adam ayuh...


Mari sama-sama menuju ke syurga 

Pimpinlah kami Hawa :)


Yang mengharap:

Hawa




Saturday, 20 April 2013

Demi ALLAH...

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Seuntai Salam Buatmu Kasih.
Salam seharum rindu yang berbunga mekar.



Demi ALLAH,
Aku tak dapat menahan rasa cemburu.
Tapi,
Kerana ALLAH,
Aku relakan perasaan itu bertamu.
Dan 
Kerana ALLAH,
Aku sabarkan hatiku...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Kerana itu...

ALLAH ciptakan air mata untuk kita menangis di hadapan-Nya.

Dan kerana ALLAH juga...

Innallaha ma'assobirin
Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar

Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah ALLAH menjadi Penolong untukku

La Tahzan Innallah Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita :')


Wasalam

Friday, 19 April 2013

Dalam Sujud Cintaku...

Assalamualaikum WBT.
As usually lah kan, entry saya pasti akan dikaitkan dengan lirik lagu. So far lagu-lagu nasyid lah dalam ranking. I don't know why, tapi, setiap lagu-lagu tersebut, memang betul-betul relate dengan apa yang saya rasakan pada detik-detik tertentu. Dan yang terbaru, lagu Devotees "dalam sujud cintaku". cer hayati lirik dia jap.

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Cer tengok lirik yang di bold kan. Itulah apa yang saya rasa sekarang ni. Dan mungkin juga apa yang anda rasakan saat ini. Lagu-lagu nasyid ni, kalau dihayati lirik-liriknya, memang sangat relate dalam kehidupan kita. Itu menunjukkan bahawa kita ni semua sama kan? Kerana itu kita semua merasakan hal yang sama. Tujuan dan matlamat kita dilahirkan cuma "SATU". iaitu dalam setiap langkah kita hanya kerana ALLAH Yang Satu. Am I ryte? Kan?

Setiap bait lirik yang terlahir bukanlah penyedap lagu semata-mata. Tetapi terselit mesej-mesej yang sangat bermakna. Lagu-lagu yang membawa makna, tapi bukan buat kita leka. Hidup ni kalau kita sedar, ianya sangat singkat, setiap detik yang berlalu itu mendekatkan kita dengan kematian. Adakah kita masih belum sedar?
Hey, wake up everyone. Kematian semakin menghampiri. Kita sedar mati itu pasti, tapi mengapa masih belum ada persiapan rapi? Mengapa masih mengejar duniawi?

Ini satu persoalan bagi masyarakat Islam di Malaysia. Saya masih tak faham, apakah nilai yang diterpkan dalam kehidupan kita selama ni sebenarnya sehinggakan Islam itu hanya sekadar pada nama dan agama yang diibaratkan sebagai agama turun temurun. Mengapa saya katakan begitu? Kerana moyang kita Islam, terus kita dilahirkan sebagai Islam, tapi tak amal cara hidup Islam yang sebenar. Oh apakah?

Apakah yang ada dalam kotak fikiran kita sebenarnya? Saya masih tak faham kepada manusia-manusia yang masih tak tahu nak menilai.

Sebagai contoh situasi ini:

Perhatikan jiran-jiran kita. Makcik-makcik yang keluar dari rumahnya untuk sidai baju ke, bertandang ke rumah jiran lain ke, atau ada tetamu datang rumah. Mereka tidak mengenakan hijab seperti mana mereka melangkah keluar dari rumah mereka bukan? Apakah hijab ini sebagai syarat semata-mata atau apa? Dimana bila mereka keluar dari kawasan perumahan mereka barulah dikenakan hijab? Okay, I really can't accept that.

Satu lagi contoh:

Mak bertudung, tapi anak perempuan tak. Again, Oh apakah? For them, the parent laa selalu, cakap tak nak paksa, biarlah dia terbuka hati sendiri untuk berhijab. Oh I'm sick wif that reason. Nonsense! Kalaulah ibu bapa sedar bahawa apabila kematian itu tiba, anak-anak yang soleh dan solehah lah yang mereka dambakan. Saat ketika ingin dimandikan jenazah, meraung-raung batin ingin anak-anak memandikan jenazahnya. Saat jenazah ingin disembahyangkan, menangis batin ingin anak lelaki yang soleh mengimamkan solat jenazahnya. Tapi, bila saat tu dah tiba, untuk apa lagi kita meraung, menangis? Masa yang berlalu dan disia-siakan itu tak akan kembali. Sekali kali setuju tak dengan saya?

Sayu hati saat mendengar permintaan mama;
"Ain, bila mama dah meninggal nanti, mama nak anak-anak mama yang uruskan semuanya. Mama nak anak mama mandikan jenazah mama (menitis air mata), mama nak Naufal imamkan solat jenazah."

Tika kata-kata itu dilafazkan, hati ini terdetik, layak kah aku? Sedangkan diri ini masih belum menjadi solehah lagi. Hati masih dinodai oleh hal-hal duniawi. Al-Quran pun jarang baca. Saat aku masih terleka dan anak jenis apakah aku yang tidak memikirkan hal-hal yang sebegitu? Bahawa aku adalah anak yang menyeksa batin ibu bapa. Dan tika itu juga hati kecil ini tekad mahu berubah. 

Mungkin benar terkadang ibu bapa khilaf dalam mendidik kita ke arah menjadi soleh dan solehah. Tapi kita sebagai anak lah bertanggungjawab untuk merubah segala-galanya kan? Sedarlah, ini dunia akhir zaman. Janganlah perjuangan kita hanya atas angin semata, mulut sahaja melaungkan takbir. Tapi iman dalam hati masih rapuh. 

Ini dituju khas buat kaum lelaki, apabila bicara soal politik, disokongnya cara Islam. Tapi hakikatnya? Dia sendiri bagaimana? Solat jumaat liat nak pergi, apatah lagi solat-solat jemaah lain hari. Merokok, tegas di sini saya perkatakan, lelaki perokok ni, tak ada pun yang benar-benar soleh. Mungkin benar jaga solat, tapi masih belum soleh. Kerana masih tewas oleh nafsu merokok itu sendiri. Maaf anda bukan pilihan wanita solehah.
Amaran keras kepada perempuan di luar sana, lelaki begini jangan dijadikan pilihan suami anda! Ramai lagi yang soleh.
Moral of the story: Sila berhenti merokok ya Adam-adam sekalian. Dan jangan lupa, jemaah di masjid ;)

credit to: Rusydee Artz
Anda perlu soleh jika nak Isteri yang soleh. Apa yang penting jadi anak yang soleh dulu okay?

Perempuan pulak macam mana? tepuk dada, tanya Iman. Hatimu masih tewas. Kita semua tahu apakah masalah perempuan pada hari ini. 
Jadi. . .
Solehah tu perlu dicari dan dikejar. Takkan datang bergolek pada kita la. Selamat melangkah ke alam Solehah! ;)

P/S: Dan kerana itulah hati ini terdetik, teringin nak jadi pendidik. Bukan pendidik dalam akademik semata. Tapi lebih bersifat keibuan. Saya nak jadi cikgu tadika! Wah comel gitu. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak kecil ini ibarat kain putih. Sucinya hati dan pemikiran mereka. Jadi kita bertanggungjawab mencorakkannya dengan nilai-nilai murni. Kalau ibu bapa tak mampu nak mengubahnya, tak mengapa, biar cikgu tadika ambik alih tugas itu. Cikgu tadika pun satu, tamo garang-garang. Ingat, awak tu jaga anak orang. Tau? Hee... tak sabarnya nak habis belajar.....!
Please call me Cikgu Nazirah okay xD

Sekian dari saya. Maaf sekiranya tinta saya kali ini menggores hati mana-mana pihak. Demi ALLAH, tak terniat untuk menyindir siapa-siapa. sekadar berkongsi rasa. Anyway, ini kan blog saya hak saya. so, hak menulis hak saya. Tak suka? Jangan baca. tulisan saya ni hanya untuk insan-insan yang boleh menerima teguran sahaja. Tapi apa-apa pun saya tetap nak mohon maaf andai masih ada yang tergores hati. Saya tetap manusia biasa, terkadang khilaf juga. Maafkan Cikgu Nazirah ya? ehehe

P/S: APA-APA PUN YANG KITA NAK KERJAKAN, HARUS DISERTAKAN DENGAN NIAT KERANA "ALLAH". WALAU DI SETIAP LANGKAH KITA, MESTI INGAT "ALLAH". SEBAB HIDUP KITA KERANA "ALLAH" , MATI KITA PUN KERANA "ALLAH" JUGAK. DARIPADA-"NYA" KITA DATANG, KEPADA-"NYA" JUGAK KITA AKAN KEMBALI PULANG. OKAY?



Salam Ukhuwah fillah Abadan Abada...

Saturday, 13 April 2013

Terimalah Pinanganku...

Salam terindah, ku hulur buatmu yang terindah!
Ya Rasulullah...

Juga salam seharum kasturi buatmu yang tah sapa-sapa.

Terimalah pinanganku...
Aku terima pinanganmu.wahhh

At last, habis gak. Dek kerana ke"buzy"an melanda, tak sempat nak melayan perasaan. Sebab bila baca buku ni mesti rasa terbuai-buai. Haih. Lemah hati betoi. Hmm sambung baca next buku pulak lah.

ALLAH bagi dan kita terima!

Buku ni lagi la terbuai-buai. Awal-awal lagi dah menitiskan air mata hamba.

Tak sangka, antara cinta hamba kepada ALLAH berbanding dengan cinta manusia kepada manusia ternyata berbeza!
Kekuatannya luar biasa.

Percaya tak? buat apa kita nak tipu. Ini betul-betul okay. Tak caye gak cer beli buku nih. Ape? nak pinjam? kite pun tak habis bace lagik. beli lah, tade duit gune voucher. Rm250 takkan dah habis kot? hewhew <--kenyataan begini benar-benar mohon kaki.kihkihkih

Isu

Terimalah Pinanganku tu betul-betul buat hati saya terusik. Kenyataannya, penulis sangat-sangat menyarankan kita (student) [IPTA jea yang sekolah lagi jangan nak ngada] untuk membina masjid. Wahhh so indah kan? 

Tapi kan?
Pendapat saya dulu sangat berbeza. Kalau dulu saya sangat menentang keras kepada sahabat-sahabat saya yang ingin mendirikan rumah tangga terlalu awal. Iyalah diusia yang baru nak menginjak dewasa dan baru nak mengenal dunia, dah nak mengikat satu tanggungjawab yang berat. Oh apakah?

Tapi! sekarang dah beda ya. Sekarang saya berpendapat ianya sangat relevan dan saya setuju 200 peratus kalau ada di antara kita yang ingin mendirikan rumah tangga awal. Dah dari korang ke sana ke sini tanpa ikatan, baik ikat terus kan? Ini bagi siapa yang sukar melawan napsu tu, bagi yang boleh hindar tu alhamdulillah...

Maap, saya juga manusia biasa. Bukan lah tak bisa melawan napsu, cuma hati mudah terusik. Terbuai-buai sendiri. Teringin semua ada. Nak-nak bila tengok pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Terdetik hati nan lembut ni. Terharu tersentuh dan pastinya teringin.



Hey, jangan silap ya. Teringin tak bermaksud hanya ingin mengkhinzir buta tanpa persiapan rapi. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi andai niat suci itu kerana ALLAH, pasti mudah jalan untuk kita. Insya ALLAH. Apa yang penting doa. INGAT! doa itu senjata orang mukmin tau?

Faham? Bagus. Cerdik-cerdik belake nih.

But at the same time, (ouch!) bukanlah semua sependapat dengan kite ye dok? Kalu hok yang tak suko kawin awal nih, dop soh cemuh pasangan yang nak kawin awal ni. Tok soh riso, rezeki tu ALLAH yang tentukan. Yang penting usaha kena ada. Jangan nak tunggu orang suap jea. Kawin nak, usaha tanak. Kang kebulur dua-dua. huhuhu.

Yang indah itu tetap dari ALLAH. 
Jika kita mengimpikan Syurga dan Keredhaan-Nya, pastikan cinta itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Kenali ALLAH dahulu sebelum kita kenali si dia.

Okays lah, tak ada idea pulak malam ni nak tulis panjang lebo, Pegi tido lagi bagus. Lepas baca entry ni, sila bangun dari pc anda, ambik wuduk dan tidur awal. Supaya senang lah nak bangun tahajud jap gi :) kan?

Selamat Malam dan mimpi indah ya ;)

Salam Terindah Wahai Kekasih...


Tuesday, 9 April 2013

Bicara Hati

Assalamualaikum wbt.
Wahhh, tengok tajuk pun dah macam menyampah kan? "Bicara Hati" katanya.
Tapi, jangan salah dulu, ini bukan cerita jiwang insan terhadap insan atau cerita romantik melayu ke apa ke. Bukan!
Cuma, hati ini perlu berbicara, dari hati ke hati. Bukan hati insan ke insan lain. Tetapi bicaranya hati kita jauh ke lubuk hati yang paling dalam.  Kita harus berbicara, andai kekeliruan melanda.

Ya, kita keliru. Bukan. Lihat ke dalam diri kita, masing-masing, diri sendiri, fikirkan, "adakah aku keliru?"
Ya, aku keliru.

Wahai hati, kita perlu berbicara. Tetapkan niatmu. Fikir menggunakan akal warasmu. Siapakah diri ini hari ini?
Siapa?

Oh kerdilnya kita. Siapa kita di sisi Maha Pencipta? Sekiranya masih tiada kesedaran dan masih hanyut bersama arus dunia yang melalaikan ini? Sedarkah kau hati? Kita bukan siapa-siapa. Tetapi mengapa masih bergelumang dengan dosa? Ya kita hina, pendosa yang hina.

Kau sudah hanyut hati. Kau telah jauh meninggalkan jalan yang seharusnya kau lalui.



Hati ingin berubah, tetapi masih dikawal nafsu. Hati masih melakukan kesilapan.

Jangan risau masih ada jalan penyelesaian.
Pulang semula di mana titik permulaan kita.
ALLAH...

Semakin jauh kita dari-Nya, semakin DIA menghampiri kita. Tetapi semakin kita cuba menghampiri-Nya, semakin kuat pula kita diuji.
Tapi!
Ujian tu kan TANDA KASIH SAYANG ALLAH :)

Hayati lirik ini. Sangat menyentuh, sehingga bisa menitiskan air mata hamba...

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Layar Keinsafan-Mestika

Setiap bait kata-kata, merujuk kepada kita. Ya kita. Balik semula kepada bicara hati. Kau & aku.

Wahai hati, sejauh manakah imanmu? sedalam manakah cintamu kepada Pencipta? sebanyak manakah rindumu pada Rasul? 

Hati berbicara, aku cinta, aku rindu. Ya aku salah tewas kepada gelora nafsu. Tetapi aku sering merintih agar dikembalikan ke jalan yang lurus, jalan pulang. Aku ingin pulang!!!



Wahai hati, kau harus kuat. Kuat & berpaut pada Iman, jangan sesekali menyerah & tunduk kepada nafsu itu. Sabarlah hati, sabar. Andai niatmu suci, pasti kau ditemani oleh tuhanmu.
Kembalilah hati, kembali pulang kepada tuhanmu. Teruskan pelayaranmu, tetapi jangan hanyut! Jika tidak kau akan karam. Sentiasalah mengikuti panduan dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah.

Dakapan kasih tuhan lebih menyenangkan dari kau berfoya-foya bersama nafsu itu.

Ingat wahai hati, ingat pesanku ini:

1. Jaga matamu, agar mata hatimu tidak terganggu.
2. Kawal nafsumu, agar kau tidak rapuh.
3. Sentiasalah panjangkan Imanmu, agar kau tidak ternoda oleh nafsu.

Menitis air mata ini kerana rindu. Rindu untuk ke pangkuan-Mu Ya Rabb. Sejujurnya, ku tak bisa hidup tanpa ada Mu, aku gila. Takkan ku sia-siakan peluang ini lagi. Kesempatan demi kesempatan diberikan, dan aku masih butakan hati.

Ya Rabb, sesungguhnya dunia-Mu ini seperti satu pelayaran. Badai dan gelora yang melanda bagaikan nafsu rakus yang pinta dirangkul. Andai aku gagal mencari panduan, maka hilanglah pedoman.

Hidup ini juga ibarat sebuah fatamorgana. Indahnya sangat bermakna. Tetapi pengakhirannya begitu memedihkan.
Biarkan aku merasai kepedihan, keperitan, agar kesudahanku membahagiakan.

Hidup & matiku demi-Mu Ya Rabb.

Menitis air mata tatkala merasakan rindu. Pedih. Sakit. Tetapi hati ini kasih. Benar kasih, tetapi aku lemah. Dakap hatiku Ya Rabb, agak aku bisa menggapai keredhaan-Mu. Tak sanggup aku kehilangan cinta-Mu. Biar aku berjuang dengan kepayahan, agar aku tidak hilang kebergantungan pada-Mu.


Ujian dan dugaan itu tanda Kasih Sayang ALLAH~

Duhai hati, syukuri nikmat kurniaan Ilahi. Banyak nikmat yang kau telah perolehi, tetapi itu bukan tiket untuk kau meninggi diri. Keangkuhanmu akan menimbulkan satu titik hitam dalam hati, jika dikumpulkan, maka tenggelamlah keimanan. Semoga dijauhkan.

Oh hati, kita masih belum selesai berbicara. Sentiasalah berdoa pada yang Maha Esa, agar dikuatkan Iman yang lemah. Dikurniakan Iman yang berpanjangan. Dan merasai kemanisan Iman...

#semoga perjuangan hati ini diredhai Ilahi.

Wabillahi taufik walhidayah