Sunday, 21 April 2013

Mawar Berduri

Salam serta Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, serta keluarga & sahabat Baginda.
Semoga kita terpilih untuk memperolehi Syafaat Baginda.

Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat memuliakan martabat seorang perempuan.

Dunia ini adalah perhiasan, & sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita (isteri) solehah. [Riwayat Muslim]

Beruntungkah kita?

Jawapannya ya. Kita (wanita) sangatlah beruntung kerana telah diangkat martabatnya.

Tetapi sejauh manakah layaknya kita diangkat seperti itu?

Seakan sebak hati ini, menghampakan Rasulullah SAW dalam menjaga hal yang sepatutnya malahan dituntut!

Wahai wanita, terdetikkah dalam hati kita bahawa...
Kita sangat berharga?

Semakin dibuka, semakin . . .?
Tapi...
Semakin ditutup, semakin tinggi nilainya.
Ibarat mawar berduri,
Cantik dilihat, tapi sukar didekati.

Hati ini meronta,
Apakah cukup pelindunganku selama ini?
 Tertutupkah aku selama ini?
Akukah permata yang dicari?
Akukah mawar yang berduri itu?
Akukah bidadari istimewa?
Dambaan insan bertaqwa...

Aku juga, pendosa hina. Malah belum lengkap Imanku. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang tersimpan dalam hati ini saat jasad ingin melangkah keluar dari rumah.
Pelbagai soalan timbul di benak fikiranku...

Redhakah ALLAH dengan pakaianku ini?
Redhakah ALLAH dengan tingkahku ini?
Redhakah ALLAH dengan langkahku ini?

Semua persoalan itu bermain-main difikiran & merunsingkan!

Dah tahu semua tu,jadi
APA MASALAHNYA LAGI?

Masalah kita sekarang adalah tiada yang menegur, (tegas!)


Aku berpakaian begini, lengkapkah sebagai muslimah?


Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan aku perlukan kepastian. Persoalan ini menghimpit fikiran. (seringkali)


Mengapa tiada yang menegur???

Tegurlah aku. Tolonglah. Seseorang, katakan itu salah.
Hanya secebis ketegasan yang aku perlukan.


Jujur...kita bicara dari hati ke hati.

Ini yang kita (semua perempuan) rasakan kan?
Ini yang kita semua mahukan kan?


Hanya secebis keTEGASan dari insan yang sepatutnya menegur kita.

Siapa?

1. Ayah
2. Abang
3. Suami


Tapi mengapa ya? Mereka gagal, mereka lemah dalam menjalankan tanggungjawab itu?

Perempuan itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik hiasan adalah perempuan (isteri) solehah.

Alangkah indahnya, kita cantik hanya pada pandangan yang berhak ke atas kita sahaja.

Tepuk dada tanya Iman.

Akukah wanita solehah?
Akukah penghuni Syurga?
Akukah permata keluarga?
Akukah dambaan insan bertaqwa?
Akukah?

ATAU...

Akukah wanita biasa?
Akukah hanya menghiasi dunia tetapi tidak di Syurga sana?
Akukah yang senang didekati?
Akukah bukan pilihan Insan bertaqwa?
Akukah?


Solehah itu perlu dicari, tetapi harus ada yang membimbing.

Ayuh Adam, perjuangkan "hak" mu.
Sila jalankan tanggungjawabmu.
Jangan kau terheret sekali ke dalam neraka.

Wanita salah, kau harus tampil membetulkannya, bukan mengambil kesempatan.

Ini bukan kes cari salah siapa.

Tetapi kita harus bergandingan sesama kita.
Banteras bisikan syaitonirojim.

Perkukuhkan benteng pertahanan Iman kita.

Ayuh, Bangkitlah semua. Jangan terbuai lagi.
Bangun dari diulit mimpi indah yang seketika itu, kita akan terjaga sebentar lagi dan realitinya berbeza! Realitinya pasti ibarat mimpi ngeri andai kita masih leka.
Tolonglah, penghuni neraka sudah ramai dari kalangan perempuan.
Tidak kasihankah?

Ayuh Adam ayuh...


Mari sama-sama menuju ke syurga 

Pimpinlah kami Hawa :)


Yang mengharap:

Hawa




No comments:

Post a Comment