Sunday, 18 August 2013

Weird or Incredible?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Entry kali ni tak penting pun, kalo rasa bosan jangan baca, saja nak berceloteh. Biarpun ianya merapu merepek meraban, biarkan ku hanyut dalam duniaku bisa? Aku sukar untuk berbicara malah untuk meluahkan rasa pada teman. Aku hanya bisa memendam rasa, malahan rahasia hatiku hanya terpamer dalam tinta, mungkin jika sukar banget ditebak, akan ku lakarkan rahasia itu pada sekeping kertas mungkin?

Wahhh, puitisnya. Inspirasi by "Ada apa dengan cinta". First tengok cerita tu, tak faham lansung jalan ceritanya. Bila tengok banyak kali baru faham. Malah tak bosan lansung tengok cerita tu.

# Maaf penggunaan bahasa 'aku' diguna pakai dalam entry kali ini. Karna aku sedang berbicara sama diri aku. Bukan pada yang lain.

Puisi Rangga, sebenarnya bahasa itu yang indah. Hanya orang tertentu bisa fahami ya ngak? lols? Apa nih? Aku ni kalo sebut syurga jadi 'surga', rahsia jadi rahasyia', weird or incredible?

Hahaha. Bahasa Indonesia, sedap didengar, sedap disebut. Teratur. Bahasanya tak lari banyak. Kalo dengar bahasa melayu skrg, berterabur. Orang dah tak tahu nak bertutur dalam bahasa Ibunda skrg. Entah apa-apa bahasa lah yang dorang cipta aku pun tak faham.

Okay skrg bukan nak cakap fasal penggunaan bahasa pun. Cuma tiba-tiba hati ini mahu berbicara. Aku tak bisa berbicara pada teman, mereka ngak kan ngerti. Adesh... Gapo la mu huk aloh...

Okay, terus terang, aku tak suka bercakap pada orang yg sememangnya takkan faham apa yang aku rasa. Mereka mendengar, tapi mereka tidak memahami. Malah tidak mendalami pun. Rasa macam tak terlepas beban perasaan tu. Sebetulnya menangis sorang-sorang baru puas hati. Serius. Sorang tak sorang gak la, menangis dalam rintihan kita, pada DIA. Dalam sujud cinta kita pada-Nya?

Rasa terlepas beban tu dari kita bercerita pada orang kan? Malah bila kita mintak pendapat orang pun kadang-kadang feedback tu macam menyakitkan kita balik. Ada pendengar dan penasihat yg baik, tapi byk yg suka pekakkan telinga ja sbnrny. Yang tu mmg rasa macam, hey kau nih, aku tengah serabut, kau boleh prihatin sikit tak. Kadang tu rasa eee sakit pulak hati kite >.<



Kadang tu pulak bila menangis, biar kita sorang-sorng jea, tanak orang tahu. Bukan malu, cuma tak tahu, apa yang perlu dikongsikan sebenarnya? Kau tak tahu apa-apa pasal aku. Biar aku simpan sendiri, biar Tuhan aturkan segala-segalanya untuk aku.

Ni pendapat individu, tak semua suka pendam perasaan. Orang yang suka pendam perasaan ni, dia bukan tak bercerita lansung. Dia cerita, tapi yg basic ja. Yang mendalam sikit dia pendam jea, sbb dia tahu orang tak akan faham pun. Orang macam ni incredible sebab dia boleh selami hati orang sebab dia pendengar yang baik :)

Tapi bagi orang yang suka bercerita, tak kira pada siapa-siapa pun sebenarnya hati dia kosong.


"Kosong, kosong ooo..."

Tahlah aku pun tak faham. Bukannya aku ni reti sangat nak menilai. Tapi bagi aku macam tu lah. Orang macam ni tak ada perasaan. Yang dia tahu, perasaan dia ja orang kena tahu. Yang ni weird. Like seriously (muka serius, dahi berkerut-kerut)

Ada setengah tu, dia suka berada dalam kalangan kawan-kawan yang ramai. Tapi dalam situasi yang lain, dia tanak ada sesiapa pun tahu siapa dia. Means, dia seorang yg perahsia. Orang macam ni, sukar sekali ditebak hatinya, betul. Susah kita nak tahu dia ni jenis yang macam mana. Apa yg dia fikir? Dia mungkin nampak hanyut dalam dunia sendiri, tapi sebenarnya dia sangat alert dgn situasi sekeliling. Dia pemerhati yg baik, erk I mean cekap.
Dia juga mungkin nampak ceria pada dasarny, tapi bila dia dilanda masalah, dia pandai sembunyi. Ini incredible.

Mungkin ada jgk yg suka share everythings, boyfie, girlfie, love, or what eva. Bercakap apa shj yg org lain brcakap. Tapi dalam hati dia sbrny tak ada pun semua tu. Mungkin dia sukakan someone, tapi dia belagak macam eh? hensemnya mamat tu, eh? lawa la awek ni. Kalo dia tak mulakan pun, kawan-kawan dia bercakap pasal perkara macam tu dia pun layan ja, padahal dalam hti dia kosong jea tak rasa apa-apa pun. Orang cakap, layan kepala membe jea tu. lols? ni lebih kurang nak tutup rasa gugup tu. Dia tak suka org tahu perasaan dia dan dia tak nak pun orang tahu perasaan dia. Yg ni nak kata weird ka incredible ka? jawapan pikiaq sendiri. Aku pun tak tau =="

Apa-apa pun yg sebenar-benarnya dalam soal hati & perasaan nih sukar untuk ditebak. Malah, akal pun tak faham apakah rasa hati. Hati cakap lain, akal cakap lain. Tak ke pelik tu? Padahal dalam satu anggota yg sama kan? Boleh pulak ada perbezaan pendapat kat situ. Hmm yg ni weird dan incredible sbb boleh buat kita sendiri tertanya-tanya (garu otak)

So tepuk dahi tanya akal, kita ni weird ka incredible ka?
Adiosssaaa~

No comments:

Post a Comment