Ya ALLAH
Tiadalah daya seorang hamba berubah tanpa pendorong hidupnya.
Terkadang kita rasa kita kuat menghadapi hidup seorang diri. Kerana kita tahu kita ada ALLAH.
Tapi... sebenarnya kita lemah, kita mungkin rebah.
Iya benar kita akan REBAH tanpa TARBIYYAH, namun disebalik kekuatan kita selama ini ada aura lain yang mampir dan ada bersama kita.
Mungkinkah "dia" ibu bapa kita? atau suami? atau idaman hati? atau kerana ALLAH semata-mata?
Sebenarnya tak semua manusia bisa gagah tanpa kekuatan di sebalik tabir. Kita pasti rebah jua sekiranya kekuatan sebenar kita telah hilang.
Mungkin juga. . . kita masih belum mengerti sepenuhnya apa itu ISTIQOMAH? Atau mengapa perlu MUJAHADAH? Dan bagaimana proses TARBIYYAH?
Mungkin juga?
Tapi... mampukah kita mengharungi semua dugaan sendiri?
Hati akur masih punya ALLAH, namun disebalik keakuran tu, masih ada rasa lemah sendirian dalam mengharungi badai hidup ni.
Mampukan kita? Melepaskannya sendirian?
Kita selalu merintih, menangis, meratap pada Dia. Namun masih ada rasa payah utk kita bangkit sendiri jika kekuatan yang sebenar telah pergi meninggalkan kita.
Namun, bukankah sebalik segala yang berlaku itu pny hikmah tersendiri?
Ujian, dugaan, badai dan segala kisah duka yang terjadi tu sebabkan kasihnya ALLAH pada kita.
Sejauh mana keikhlasan kita mahu berubah kerana-Nya atau mungkinkah hati kita belum ikhlas sepenuhnya?
Mungkinkah...?
Mungkin ada yang masih bisa berdiri teguh berbaki sisa-sisa semangat yang masih ada.
Mungkin akan ada yang rebah, tak tahu kemana arah. Apa gunanya berubah andai masih byk halangannya? Atau apa makna istiqomah jika Dia masih menduga?
Sumber kekuatan kita telah pergi meninggalkan kita. hati seperti tak rela, tapi lupakah kita? Disebalik yg berlaku itu ada sebabnya.
Wahai hati,
Pertemuan dan Perpisahan kan lumrah kehidupan.
Kita harus akur dgn ketentuan.
So, sebenarnya...
Hey hey hey, kita nak pergi mana sebenarnya ni? Adakah hidup kita akan berakhir dgn istilah perpisahan? Mungkin episode cerita kita yang berakhir, namun sirinya masih berjalan seperti biasa.
Berakhirnya siri 1, bersambung ke siri 2, jika berakhir siri 2, teruskan melangkah ke siri 3 dan begitulah seterusnya. Hidup kita ni bersiri2 sampailah ke siri kematian. Siri menanti ke alam Barzah, siri kita dibangkitkan kelak, dan final destination kita bila kita berjaya melangkah ke syurga ALLAH.
Am i Right?
"Sakit ditinggalkan manusia, ALLAH boleh rawatkan. Tapi kalo sakit ditinggalkan ALLAH? siapa lagi yg nak rawat melainkan ALLAH?"
Hmmm... yeah, org kata, cakap mmg lah senang. Tapi yg nak menanggungnya kita.
Sape kate ISTIQOMAH ni senang? Susah serius, tapi sekali kita dah melangkah, jgn pernah toleh ke belakang lagi, teruskanlah melangkah walau ianya sgt payah. Pahitnya Mujahadah kerana Manisnya Surga ALLAH.
Pabila kita telah melangkah ke satu fasa lain dalam hidup kita,
CHAIYOK CHAIYOK HATI, JANGAN REBAH SEKARANG, REBAHLAH PABILA REBAHNYA TUBUHMU KE TANAH, NAMUN REBAHMU DENGAN TERPUJI :')