"Dipertemukan dan dipisahkan
Semuanya bersebab"
Kadang-kadang cinta tu tak bermakna bila...
asyik fikir tentang dia jea, asyik terbayangkan dia jea, asyik rindukan dia jea.
Pernah tak kita...?
Terlintas macam ni...
Aku rindukan dia kerana rinduku terhadap Rasulullah
Aku cintakan dia kerana cintakan-Mu ALLAH
Aku kasihkan dia kerana kasihku terhadap ibu bapa
Aku dambakan dia kerana dambaanku terhadap syurga-Mu
Oleh itu jadikanlah ceritaku
cerita terindah milikku dengannya
Ya Rabbul Izzati
dengarkan permintaanku
kabulkan doaku
Sesungguhnya hidup dan matiku kerana-Mu
Maka
takdirkan aku dalam takdir yang Engkau redha
Amin Ya Rabb...
Semoga ALLAH mendengarkan kita
Mendambakan dia
*Berserah *Tawakkal *Ikhlas *Rela
"Kerana cinta kepada manusia melebihi cinta terhadap ALLAH
Menyebabkan kita bertindak gila lantas tanpa berfikir panjang tentang baik dan buruk tindakan kita tu"
Astagfirullahalazim untuk masa lalu
Alhamdulillah untuk peluang hari ini
Terima Kasih ALLAH
Apa yang ditemui hari ini
Apa yang diterima selama ini
Apa yang diperolehi hari ini
Apa yang diharapkan selama ini
Semuanya kerana-Mu
Semuanya atas takdir-Mu
Semuanya dengan kehendak-Mu
Semuanya ditentukan oleh-Mu
Hati rela
Hati pasrah
Semoga Engkau meredhai segalanya yang berlaku.
Aku dambakan dia
Semoga kerana-Mu
Jagalah hatiku
Ku simpan untuknya...
-ANZA13
Alhamdulillah.. Kamu patut bersyukur sebab Allah dah berikan hidayah dan dah buka pintu hati kamu untuk tunduk padaNya. Ramai perempuan2 di luar sana yang masih sesat di dalam dunia mereka sendiri. Jadi bersyukurlah wahai Ain Nazirah.
ReplyDelete-Dzul-