Wednesday, 13 February 2013

Bersyukurlah Kita Masih Di Sini

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,hari ini,hari khamis,3 Rabi al-Akhir 1434, ak masih bernafas,masih celik,masih mampu bergerak,masih lengkap aku sebagai seorang manusia,juga seorang hamba yang tentunya ingin mendapat keredhaan Tuhannya. Justeru untuk mendapat keredhaan Allah,tentu sekali kita wajib menghambakan diri kepada-NYA,dengan seikhlas hati.
dalam pada aku lalai,dalam pada aku semakin hanyut,Alhamdulillah,Tuhan masih menyayangi diri ini,masih ada petunjuk yang diberi agar aku tidak terus leka dan alpa di dunia yang fana dan penuh kepura-puraan ini.
mungkin aku tidak sebaik Aisyah, atau semulia Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW. tetapi aku cuba untuk menjadi hamba yang sentiasa memanjat kesyukuran di atas segala nikmat yang diberikan oleh-NYA selama ini.
Ya Allah,sesungguhnya aku tidak pernah berpaling dari-Mu,cuma aku terhanyut seketika dek duniawi yang serba mengelirukan ini. Aku bersyukur, hari ni KAU masih beri aku kesempatan untuk aku perbetulakan segalanya sebelum terlambat. Andai di hitung amalanku selama ini,mungkin masih tidak pantas aku untuk mendapat tempat di syurga-Mu. namun aku sungguh tidak mampu untuk berada di bahang api neraka-Mu, pimpin lah jalan ku Ya Allah,jangan biar aku tersasar lagi. aku mohon diberikan kesempatan agar aku terus berada di jalan-Mu,sehingga aku bersedia untuk menemui-Mu.
Sungguh Ya Allah, aku masih serba kekurangan, tidak mampu aku untuk berhadapan dengan-Mu kelak. jauhkan aku dari kelalaian duniawi ini untuk sekian kali, ALLAH,ALLAH,ALLAH...aku perlukan kasih sayang dari-Mu.peluklah hatiku agar aku bisa merasakan kasih sayang-Mu itu. Kasih sayang-Mu tuhan, itu yang aku dambakan. Aku masih di dalam bayangan kekeliruan. Dakaplah hatiku, dakaplah dengan erat wahai Tuhanku,Dengan Rahmat-Mu ampunilah aku.....
Amin Ya Rabbal'al'amin...

credit to Rusydee Art
https://www.facebook.com/syababmusafirkasih


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah

Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan 
Itu yang ku dambakan 
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

#Damba Kasih-Inteam

No comments:

Post a Comment