Assalamualaikum wbt.
Salam perkenalan buatmu para gadis, salam kasih tanda kita bersaudara, salam teguh, seteguh hatimu berpaut pada keteguhan imanmu wahai gadis.
Entry kali ni bukanlah merujuk kepada sesiapa, tetapi untuk peringatan kita bersama, itu sahaja niat saya ;). Maaf seandainya entry saya kali ni menggores hati mana2 pihak, anggaplah ini cuma merujuk kepada saya sendiri, semoga kita sama2 mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik, insyaALLAH.
credit to: Rusydee Artz
https://www.facebook.com/syababmusafirkasih
Bagi yang dah bertutup litup, alhamdulillah. tapi bagaimana jika bagi hati yang dalam kalangan kita ini masih ada yang rapuh? masih on off lagi? saya masih tak faham, mengapakah hal ini masih terjadi? Oh apakah yang di dambakan oleh kita lagi?
Tahukah kita pada janji ALLAH?
Manusia, seringkali meminta meminta dan hanya tahu menuntut pada janji yang dilafazkan, tetapi kita tidak tahu erti menghargai. bagaimana cara untuk kita menghargai pemberian Ilahi? apakah yang diberikan oleh ALLAH pada kita? Jawapannya tentu sekali "kecantikan". cantikkah kita? tentu sekali, jika tidak mengapa yang wajib ditutup itu dipertontonkan kepada yang tidak berhak?
Allahu Rabbi, di mana penghargaan kita? Mengapakah kita tidak menghargai pemberian itu?
Mengapa masih mempermainkan hukum ALLAH? Siapakah kita? Apakah hak kita?
Mengapa aurat itu perlu ada yang on/off?mengapakah? Mati boleh on/off kah?
Eh? kenapa hari ni bertutup,esok tak?
adakah hari ini kita mati, esok boleh hidup balik?
nauzubillah...jangan kita begitu.
Yang indah itu tentunya yang bertutup.
Andai kita tahu, bagaimana kita mempermainkan hukum itu, begitu jugalah dengan sewenang-wenangnya orang akan mempermainkan maruah kita. Di manakah maruah kita? Di manakah keteguhan kita? Gadis, manusia di luar sana memandang jelek ke arah kita kerana mempermainkan aurat sendiri, hari ni kita tutup,esok kita bukak aurat kita untuk dipertonton.
#Astaqfirullahalazim...
Mengapa aurat kita perlu ada erti "pause"? Nanti dulu,kita kan muda lagi, enjoy dulu.
Seandainya mati itu boleh di "pause"kan ikut suka kita...tetapi hakikatnya ajal/maut itu tidak menunggu atau mengikut kehendak kita.
Jadi apakah yang berada dalam benak fikiran kita sebenarnya? apakah yang kita fikirkan sebenarnya? Mati itu bila2 masa sahaja akan menghampiri.
Sejenak aku terfikir, kenalanku, seusia denganku, meninggalnya pada usia yang masih muda. seawal 20-an. Tika baya kami masih mengenal erti dunia sebenar, tika usia ini kita masih merasakan usia untuk kita bergembira, tetapi kenalanku itu pergi meninggalkan dunia yang fana ini. perginya dia saat dia mahu memulakan kehidupan. tersayat hatiku, layar keinsafan menjengah ke dalam hati ini. selama aku hanyut dek hal duniawi, perkhabaran tentang perginya anak muda itu menyedarkan aku. Kematian itu tidak menunggu aku. Pada bila2 masa sahaja sakaratul maut bakal menjemputku. hati ku sayu, mengenangkan dosa lalu, dosaku terhadap tuhanku, tuhan yang telah memberi nikmat di dunia, tetapi bakal memberi balasan di akhirat kelak di atas kelalaian ku kelapaanku dan hanyutnya aku pada arus dunia yang bakal aku akhiri dengan kematian.
ya, mati itu pasti.
Teringat aku pada dosa dan noda, betapa aku manusia yang lalai, tidak tahu erti kesyukuran. Mengapa? tidak perlu dibahaskan. Tetapi Bagaimana? itu harus dipersoalkan. kerana bagaimana aku tersedar dari fatamorgana ini, harus diketahui. Petanda ALLAH masih kasih, ALLAH masih prihatin, ALLAH itu Maha Adil. Diberi oleh-NYA peringatan demi perngatan, tetapi angkuhnya aku tidak sedar. tetapi dengan segala Rahmat & Kasih Sayang-NYA itu, aku tersedar. Betapa aku bersyukur masih punya kesempatan.
Tika itu, aku berharap dan terus berharap. aku menanti dan terus menanti. Sahabat-sahabatku, ayuhlah kita bersama2 menuju syurga abadi, tinggalkan penipuan dunia ini. Sama2 lah kita berusaha menjadi muslimah sejati.
Pintu taubat masih terbuka, cuma detik kematian tidak menunggu kita.
Nauzubillah, semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini :)
Hey gadis, ayoh kita menjadi seperti ini:
Omey Angat ;)
Sekian sahaja dari saya, semoga bermakna buat kita semua. Maaf seandainya entry saya kali ini menyingung perasaan mana2 pihak, sungguh tanpa niat hanya mahu berkongsi pendapat. Sesungguh saya manusia yang tidak lari dari kesilapan,tetapi yang baik itu tentunya dari ALLAH SWT.Semoga kita berada dalam Rahmat-NYA. InsyaALLAH.
#salam kasih dan sayang buatmu para gadis ;)
ain, lagu apee ye ni ? -nazratu ain pgc
ReplyDelete(=