Friday, 29 March 2013

Macam-macam rasa yang dirasa.

Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya tak ada benda pun nak post untuk entry kali ni. tak penting, sekadar membazir masa. iskkk membazir kan amalan syaitonirajim, so tukar, sekadar memenuhi masa :). hmm lamanya tak bercerita, tangan ni dah gatal ja nak menari-nari kat keyboard. sibuk beno sepanjang bulan 3. now boleh bernafas sekejap. setelah berhempas pulas demi beberapa esaimen yang diterima dan perlu diserahkan. tak apa, perjuangan baru bermula. nak gagah lagi 2 sem ja lagi. lepas tu jalan...ke manakah arah ku? hmm igt nak kawin ja dulu. haks. gedik kau jah.
so episod perjuangan ku masih di pergantungan, tapi sejak dua menjak ni, hati semakin celaru, keliru, hilang arah sekejap. bak kata tajuk entry kita lah "macam-macam rasa yang dirasa." pahit, manis, masam, masin, kelat, tawar, hanyir, harum semuanya bercampur. membuatkan aku keliru. apakah? haih... sabar je lah hati. bila jasad aku berada dalam kelas, fikiran aku melayang, sampaikan kena tegur dengan ustaz. dan satu-satunya lecturer yang menyedari "separuh jiwaku pergi." cewahhh... kata ustaz: "Ain, kenapa dengan kamu ni ain? saya tengok kamu ni jasad je ada dalam kelas, tapi hati tu melayang tah ke mana." aku hanya mampu tersenyum. aku pun tak faham kenapa dengan aku. apa yang aku fikir sebenarnya ni? bukan tak ada tempat untuk meluahkan, cuma, andai kata aku sudi bercerita sekalipun, orang faham ke? aku cuba nak bercerita dengan mama, aku nak mama selami hati aku, tapi tak tersampai apa yang aku cuba nak sampaikan. mama tanak aku hanyut. tapi aku bukan hanyut, cuma keliru. dan mama pun macam keliru apa yang aku kelirukan tu. so jalan terbaik aku cuma bercerita kepada yang benar-benar memahami, ketahui apa yang aku tak ketahui, fahami apa yang aku tak faham. siapa lagi? ALLAH lah. bagi aku sekarang, takan ada manusia pun yang faham apa yang aku rasa. haih...
btw, ini sekadar perkongsian,dan renungan bersama :)
Abah...Mama...Ain nak jadi anak yang solehah.dulu ain tak sedar kepentingan tu. tutup aurat dengan proper. ain silap.Abah tegur pun ain tak ambik serius.Sumpah ain tak pernah terfikir yang ain akan heret mama ngn abah ke neraka. ALLAH...tapi tiba-tiba kesedaran tu datang,secara perlahan-lahan...meresap dalam jiwa.kalau sebelum ni keluar bajet nak hot-hot, pakai tudung sekadar tudung semata-mata. Apa yang aku fikir ea sebelum ni? Aku pun tak faham,n plus aku masih mencari jawapan. Kenapa aku macam tu ea? kadang-kadang tu macam nak gila fikir. tapi fikir-fikir balik, buat apa nak fikir? mungkin aku cuba nak menyelami hati remaja-remaja yang sekarang ni, yang mungkin macam aku dulu. yelah, biasalah, jiwa remaja lah katakan. eh? bajet aku ni dewasa pulak kan? hmmm...
back to the story, kalau dulu, aku tak pernah terfikir yang mama ngan abah ni sebenarnya risaukan aku. yelah anak dara belajar jauh-jauh. even keliling perak ni sedara aku yang punya. lol. tak ada lah, memang kampung aku lah perak ni kan.lagi nak risau. makcik ada, tok ada. ramai yang ada. nak pergi indera mahkota dulu tak bagi, paling dekat pun kat sini lah. lagi nak risau ke? nah... sebagai anak, tak patut lah kita ambik mudah je. hati orang tua kena fikir jugak. anak-anak dorang kan, darah daging, mak kita tu  susah payah heret kita selama 9 bulan tau. bukan ringan, berat. nak tidur susah, nak jalan pun susah, macam-macam lah kesusahan yang kita buat. ko tak fikir ke? hehe. hakikat seorang anak memey begitu. 
ALLAHU AKHBAR...ALLAH Maha Besar...aku tak pernak terfikir, tak pernah cuba nak fikir pun semua tu. yang aku tahu, diri aku je.  amboi penting diri betoi hang. ha itu lah.jangan u olls jangan, di kesempatan yang masih kita miliki ni, tolong lah, tolong sangat, hargai orang tua kita. satu rahmat mereka masih ada, mendoakan kita. kalau mereka dah tak ada, siapa nak doakan kita? siapa? boipren? girlpren? heh! korang kalau dengan mak bapak pun tak endah, jangan lah nak over sangat dengan pakwe makwe korang okays? tak sampainya ke surga abadi berkasih sayang tanpa ikatan tu. tau? faham? faham tak ni? 
doa tu penting. biar jasad tu jarak jauh-jauh, hati tetap tertaut. tertaut pun kerana ALLAH. manisnya cinta kerana ALLAH.
lagi satu, yang korang dok upload gambar peluk-peluk dengan awek tu, bangga sangat ka? mohon terasa.
aku suggest baik korang jadi macam ni:
Credit to: Rusydee Artz

ALLAH...ada rasa nak buat suami yang tak macam ni?

cuba korang upload gambar korang angkat mak korang macam ni. baru sweet...kan gegurl kan?kuikuikui

hey...ini bukan main-main.ini serius tau.i serius ni. u nampak tak i betul serius ni. korang berani sangat upload gambar-gambar laqa macam tu asal tak berani nak upload gambar korang agkat mak pulak? ini tidak adil! huh.  korang tengok ni!:
credit to: https://www.facebook.com/syababmusafirkasih

kecik-kecik dulu sape angkat korang? mak korang kan? bukan awek korang kan? jadi? kenapa yang syurga tu kau sia-siakan, dan neraka jgk kau pilih?

tak pe, malas nak citer panjang, orang pun tak suka. so baik diam. senyum sikit. mintak maaf, mula-mula entry lansung tak terfikir pun, tiba-tiba ja terbawak-bawak emosi. haha.

kita masih punya kesempatan...
credit to: https://www.facebook.com/syababmusafirkasih

Tiba-tiba teringat mesej mama tempoh hari.
"Assalamualaikum...hrp sihat dan gembira. Maklumlah dah makin matang berfikir dan dah boleh menilai perkara baik atau buruk... (mama cakap ak dah matang,cam tak cayer jer xD) yalah sepatutnya mama ni tak payah nak risaukan anaknya yang sudah makin dewasa...kalaulah macamtu syukur betul pada tuhan,.... tapi sebaliknya makin besar dan dewasa anak...makin risau pulak perasaan seorang ibu...harap ain fahamla hati mama...selalu mendoakan yang terbaik utk anak-anak...dan moga-moga terbaiklah sudahnya..amin"

aku yang tengah makan ni terus berenti makan. terfikir sejenak.aku buat apa pulak kali ni?rasanya tak ada pulak ak g lepak malam-malam ke, dating ke. resah gelisah pulak mama ak kat sana. haih. terus je jari jemariku yang halus mulus ni membalas mesej insan tersayang,tak mau buat dia risau.mungkin sebab aku dah lama tak call.busy sangat.maaf ye ma...

you see? naluri seorang ibu tu.membuatkan aku tersentuh.ada lagi satu cerita nak kongsi.
satu hari tu, aku terlajak subuh,selalu bangun je.tapi hari tu betul-betul tak sedar.tidur lewat kot. n tak pernah2 mama mesej ak kejut bangun, tetiba hari tu beliau mesej "Subuh!" tersentak aku baca mesej tersebut. aku tak bangun subuh pun mama boleh tau. hebat naluri mak ni oii!

hmm...kalau dulu, aku pakai apa-apa yang buat mama tak berkenan, mesti dia akan tegur.tapi aku buat tak tau ja.sebab,abah tegur pun melalui mama,aku salah mama yang kena tegur.kesian mama.haih tak tenteram betul aku sekarang.kalau dulu setiap perlakuan aku,tak fikir panjang dah. ikut kepala sendiri ja. tapi sekarang,nak buat apa-apa tu aku memikir dulu.bukan apa,tanak dorang risau.nak-nak sixth sense mama tu pulak...kesian mama.

korang kesian mak korang tak ni? so nak buat apa-apa tu pikir dulu la. let them know. kita datang dari ALLAH,tetapi melalui ibu bapa. jaga syurga kita dulu,sebelum cari syurga lain.okays girls? kita nak imam soleh,kena jadi anak solehah dulu. jadilah anak yang membawa ibu bapa ke surga,bukan heret mereka ke neraka. sama-sama lah kita cuma perbaiki diri.

Gadis-gadis manis, jadikan solehah itu matlamat kita, wawasan seumur hidup. 
credit to: https://www.facebook.com/syababmusafirkasih

Perempuan solehah penyejuk hati ibu bapa, penyeri rumah tangga, idaman orang bertaqwa... :)


*Akhir kata,kan dah kata hati ni dah macam-macam rasa, maaf entry kali ni macam celaru sikit. kejap masuk sana,keluar kat sini. apa yang terlintas, itulah yang aku tulis. jiwa kacau agaknya. maaf ya...
Sekian,bertemu lagi andai ku punya kesempatan.wasalam.


No comments:

Post a Comment