Assalamualaikum wbt.
Salam sayang dari aku yg mmg jarang2 sekali ngepdate blog. hee :)
Mungkin entry kali bukanlah sesuatu yang menarik, tapi bagi aku, aku nak share benda ni. Tak tahu kenapa. Sama2 lah kita baca. huhu
Pokok. Actually bukanlah nak cerita pasal pokok, tapi semuanya bermula dari pokok.
Ni cerita beberapa tahun yang lalu, mama rajin sangat bercucuk tanam. Even though, laman rumah sekangkang kera, biasalah rumah taman kan. Mama rajin sgt menambah koleksi pokok2 bunga dan kadang2 tu malas nak ambik port pasal waktu tu pun usia masih tak mengerti.
Nak dijadikan cerita sampailah satu tahap tu semua usaha mama macam sia2, sebab depan rumah dah jadi semak samun. bila beliau dah mula buzy, outstation lah, sambung study lah, dan biasalah, bila dah jadi senior ni banyak plk pikul tanggungjawab. Mama seorang jururawat. I adored her too much. Mama sangat unik. Okey back to da story, bertahun2 lamanya, aku memang lansung tak ambil port pasal rumah, lalang tak lalang. Waktu kecik tak faham apa, tapi bila dah besar, masing2 busy, pergi sekolah balik sekolah. Jadi segala bagai benda yang ada depan rumah tu mmg lansung aku tak perasan. Sampailah aku masuk kolej. Semua tu memang aku ignore. Sehinggalah satu masa tu, bila aku balik dari kolej, mama mintak tolong ambikkan daun kari, daun pandan, daun limau purut, dan cili kat halaman rumah. Aku terfikir, bila plk benda2 ni wujud? Tapi rasanya pokok cili dah tak ada. Okay itu cuma perkara basic, rasanya banyak rumah akan ada pokok2 ni kan?
Sebenarnya ada something yang lain yang sebetulnya aku baru sangat perasan balik cuti sem kali ni.
Okey, potong jap, kat kampung, bila balik jea, tok mesti akan cakap, pokok nangka mama tu berbuah lagi. Ada buah tu kat dapur. Kalo nak makan ambik le. Tu pokok mama ni pokok mama. erk bila masanya mama tanam? n wow, Im already 20 years and pokok2 tu sgt bermanfaat untuk kami. Im not sure actually mama yang tanam ke apa. Tapi tok mesti akan sebut tu pokok mama. And for sure, mama mmg hantu buah nak2 buah durian dengan buah nangka. Favorite sgt.
Em... paling mengejutkan, yang aku tak sangka dan jangka lansung bila aku BARU terperasan ada satu pokok ni, depan rumah yang tanah nya sekangkang kera tu dah besar dan berbuah. Subhanallah, tahu pokok apa? Pokok nangka dan ia sedang berbuah sekarang. Oh Tuhan, Demi ALLAH, bila masanya mama bercucuk tanam? Sedangkan beliau tersangatlah busy. Dan tiba2 pulak wujudnya pokok tu depan rumah. Eh masih tak habis berfikir dan masih belum rasa nak bertanya.
Amazing mama. Segala apa yang mama buat mesti berhasil, walaupun lambat tapi akhirnya memang akan memuaskan. I just wanna be like her. Bukan pasal pokok jea, tapi memang banyak perkara lagi yang masih aku tak sempat nak kaji pasal mama.
Kadang tu aku terfikir, aku dah bazirkan selama 20 tahun untuk mengenali mama, mak kandung tuuu... Teruknya aku sebagai anak. Selama ni aku tak pikir lansung nak ambik tahu or pendekatannya untuk kenal mama dengan lebih dekat. Demi waktu, alangkah ruginya aku sebagai anak. Serious talk, bila balik kolej, rasa rindu sangat nak renung raut wajah mama yang aku tak penah luangkan masa untuk merenung. Wajah yg sentiasa mahu berikan yang terbaik utnuk anak2, mungkin adakalanya mama ego, namun jauh disudut hatinya kasih sayang tu melimpah ruah. Mama ada cara tersendiri nak tunjuk kasih sayang tu.
Bagi aku, mama adalah seorang ibu yang sempurna. Well setiap anak mesti akan bangga dengan mak ayah dia kan? So do I.
Kalau dulu aku banyak sgt merungut. Tak pernah nak hargai pengorbanan mama. Mungkin dulu pemikiran masih sempit, masih budak2, sekarang semakin matang. Buat apa2 pon atas izin mama. Semata-mata sebab aku hargai kehadiran mama untuk aku, dan aku hargai setiap keringat dan penat lelah dia mengandungkan aku selama 9bulan, tanda penghargaan atas segala usaha mama mendidik dan membesarkan aku dgn sempurna akal juga Iman. Mungkin mama masih ada kurangnya, namun pada pandangan aku, segala kelebihan yang mama miliki, telah pun menutup kekurangan itu. Takut sebenarnya untuk kehilangan mama. Sebagai anak sulung, aku sebenarnya terlalu manja walau tak kelihatan dari mata kasar namun aku bisa rasai, aku masih perlukan mama. Sangat2 perlukan mama.
Bila Ain perhati, rupa2nya raut wajah mama dah ditelan usia ni. Tengok balik gambar2 lama, eh? ni muda lagi mana ada kedut2. Bila tengok balik seraut wajah mama sekarang, ada sikit kedutan, cepatnya masa berlalu. Aku semkain takut. Kalau boleh, nak jea aku pohon pada ALLAH agar ditarik dulu nyawaku sebelum mama, tak sanggup rasanya nak hadapi hidup ni tanpa mama. Tapi rasa sayu je hati bila teringat mama penah cakap, kalau mama mati nanti, mama nak anak2 mama yang mandikan mama, jadi imam solat (menitis air mata). Tak sanggup rasanya nak teruskan...
Mama, kalau mama baca blog ain ni (mama pun tak tau ain ada blog)Ain nak ma tahu, Ain mintak maaf selama ni Ain buta mata kepala juga mata hati. Mama nak Ain stay, Ain akan stay. Mama nak Ain belajar, Ain akan buat mama bangga suatu hari nanti. Mungkin terlalu mengada2 membuatkan Ain malas nak berusaha. Tapi percayalah ma, apa yang Ain buat hari ni, apa yang Ain usahakan hari ni, semua untuk mama, semua sebab mama. Bukan untuk orang lain, bukan untuk Ain. Tapi Ain cuma nak jadi anak yang menyenangkan hati. Ain nak senangkan hati mama yang dulu penah susah hati fikir pasal Ain. Ain nak jadi anak yang solehah penyejuk hati ibu bapa. Mungkin kadang kala Ain terkasar, terguris hati mama, mungkin kadang2 Ain pun ego, tapi percayalah mama, dalam hati Ain menangis. Kita sama2 ego kan? Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik? hehehe
That's all utk entry kali ni. So uolls, please please n please hargai ibu ayah kita. Selagi dorang masih ada, tolong senangkan hati mereka atau kita akan menyesal dikemudian hari. Have a good family :D
No comments:
Post a Comment