Sunday, 19 January 2014

Warkah Kasih

Warkah Kasih Umi untuk buah hati Umi kelak,
Assalamualaikum sayang,
doa diiringi harapan agar anak  Umi bisa menjadi pejuang2 di jalan ALLAH,
insya-ALLAH.
Ni ada pesanan untuk anak Umi:

Sedari kecil lagi, insya-ALLAH Umi akan ajarkan agar anak Umi bangun di awal pagi. Ini permulaan pelajaran dalam kehidupanmu. Umi takan biarkan mu tidur yang berlebihan, cukup sekadar merehatkan badan dan minda. Ini penting ya anakku, bangun awal pagi rezeki murah. Andai terasa mengantuk yang amat sangat, boleh Qailullah, tak ada masalah. Satu jam cukup ya sayang.

Di malam hari pula, tidur awal. Umi takan biarkan anak Umi tidur lewat, samada tonton tv atau main PS2, tak akan ajar pun. Hidup biar berdisiplin, nak berjaya dunia dan akhirat perlu jaga disiplin diri. Nak biasakan perlu diajar dari kecil.

Umi takan rela anak Umi mengenali Dunya. Ketahuilah anakku bahawa dunia ini tersangatlah kejam, ianya nampak indah namun menghancurkan. Biarkan sahaja dirimu kenali perihal akhirat, jika dah kenal akhirat, insya-ALLAH dirimu takan gentar berdepan dengan tipu daya dunia.

Anakku sayang, untukmu yang Umi pun tak pasti bila kan kita bertemu, maafkan Umi ya, lahir di rahim Umi, membesar dengan didikan Umi, no entertainment, no facebook, no twitter, no social network, no selfie, no cinema, no karaoke, no junk food, no fast food, no cartoon, no playing a game, no hanging out wasting your time, no couple, no gedik2, no music, no k-pop, no lagha2, no no n no okey? no need follower or follow the twitter, just need to follow the rules of al-Quran said and the Sunnah of Rasulullah. Bila benda2 ni dah dibiasakan dari kecil, ia akan menjadi rutin semasa dewasa. Petanda gejala yang harus dielakkan. Umi cuma akan ajarkan anak Umi Reading. Membaca sayangku. Rasul kita juga dituntut supaya membaca. Membaca itu jambatan ilmu, jangankan ilmu dunya, ilmu akhirat apatah lagi. Umi akan penuhkan rumah kita nanti dengan bahan bacaan. Nak tanamkan sikap suka membaca ni, perlu diterapkan dari kecil. Gadget segala bagai ni, Umi takan galakkan. Tak perlu semua tu, cukup al-Quran dan Sunnah penyuluh hidupmu. Bosan, baca al-Quran dan pelajari serta amalkan sunnah Rasulullah. Dalam al-Quran juga dah penuh dengan segala yang kita perlukan semasa di dunia ini, malahan lebih dari itu dirimu bakal peroleh akhirat sayangku. 

Anak Umi yang dikasihi, Umi akui dalam diri Umi ada sedikit sifat tegas, mungkin garang. Kerana sejak lahiriah lagi Umi dibiasakan begitu, ianya sebati dalam diri Umi. Namun Umi sendiri tidak gemar diperlakukan seperti itu, Umi tak mahu dek kerana sikap yang terlampau tegas itu akan menjarakkan hubungan antara kita. Namun Umi takan keraskan suara Umi pada anak Umi. Biarlah kita bersahabat, berkongsi suka dan duka, bercerita segala-galanya. Umi akan ajar anak2 Umi dengan penuh kelembutan namun tegas. 

Siti Khadijah dan Aisyah r.a menjadi role model. Subhanallah, kenalilah hamba2 ALLAH ini anakku, mereka benar2 menggugat naluri Umi. Mereka Umi jadikan contoh terbaik. Begitu juga dengan Fatimah Az-Zahra, I adore her too much my dear. Hidup dengan penuh bersederhana, cukup dengan apa yang ada. Bertuahnya Ali memiliki isteri yang mempunyai secantik2 akhlak. Subhanallah... Berlinangan air mata Umi membaca mahupun mendengarkan kisah mereka. 

Anakku (perempuan) jadilah seperti Siti Khadijah yang sentiasa menjadi penenang jiwa Rasulullah, juga seperti Aisyah yang sentiasa penuh ilmu di dadanya, mahupun Fatimah Az-Zahra yang sentiasa bersederhana dengan apa yang ada.

Anakku (lelaki) terapkan akhlak mu seindah Rasulullah, baginda adalah sebaik2 contoh dan tauladan sayang.

Anakku, Umi akur, tak punya ilmu menggunung, dek kerana itu Umi mahu anak2 Umi timba ilmu byk2, biarlah sehingga akhir hayat sekalipun. Apa yang Umi dah lalui, janganlah anak-anak Umi laluinya juga. Siapa Umi hari ini, bagaimana Umi hari ini, hasil dari tatih Umi sendiri. Kesilapan itu tak perlu dicari, namun harus diperbaiki. Mungkin payah, namun Hidayah ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba2 yang dikendaki-Nya. Jangan risau anakku, Umi akan sentiasa bersamamu. Sehinggalah tiba masa untuk Umi pergi dari dunia, harapan Umi agar segala yang Umi ajari diterapkan ke dalam diri.

Salam sayang, Umi <3

*Ini mungkin tinggal impian dan harapan andai maut menjemput kita terlebih dahulu. Namun bukan alasan untuk kita tak punya impian. Mungkin ada antara kita yang lahir dari keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat, maka proses didikan itu telah bermula sedari kecil, Mujahadah itu mungkin mudah bagi mereka. Namun, mungkin sebahagian lagi tidak, maka Mujahadah itu mungkin sesuatu yang sukar bagi mereka. Ia tetap bukan alasan untuk kita tak berusaha melayakkan diri kita utk mendapatkan syurga ALLAH. Sayang anak2 tak semestinya limpahkan mereka dgn kemewahan dunia shj, namun limpahkan juga dgn harta2 akhirat, iaitu amalan2 soleh. Tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab di sekolah shj, tanggungjawab atas diri kita, didikan itu dari kita, dari ibu bapa itu sendiri. Jangan biarkan anak2 hanyut dengan hal dunia, malah jangan didedahkan pun. Jauhkanlah. 

Untuk diri kita, yang masih bujang, kita masih dalam proses Mujahadah, masih perlu belajar, mungkin bertatih sendiri kiranya latar belakang famili bukan latar agamawan. Kuatkan hati, cuba dan cari diri sendiri, jgn kerana itu kita jadikan alasan tidak mahu berubah. Dunia, dunia juga, harta akhirat pun kena gali jgk kan?

"Ya ALLAH, gentar daku membayangkan bertapa dasyatnya seksaan azab kubur, panasnya api neraka-Mu. ALLAHU, jauhkan wajah ibu bapaku dari disambar api neraka-Mu. Jadikan aku pendorong mereka ke Syurga-Mu. ALLAHUMA AMIN..."

Friday, 3 January 2014

La Tahzan, Demi ALLAH, sesungguhnya Dia bersama kita.

Assalamualaikum wbt
Entry kali ni istimewa sikit, sebab ia dituju khas buat seseorang yang bernama sahabat. Tersenyum.

Ahaha, sory lah, sejak akhir2 ni rasa macam nak senyum manjang. Alhamdulillah, semoga rahmat ALLAH akan tetap bersama-sama kita, inshaa-ALLAH.

Buatmu teman, jangan gundah gulana. Masih ada sinar untuk kita. Pegang kata-kataku ini:

"Yakin, doa, tawakal & berserah.Percayakan takdirnya, Inshaa-ALLAH, ALLAH takan sesekali menghampakan hamba-Nya yang meletakan sepenuh harapan pada ketentuan-Nya."


Dihujani ujian? Jangan sesekali menyerah kalah. Ujian bukan untuk melemahkan tetapi mengajar kita erti kekuatan.

Kalau ada yang pernah terbaca post fb sebelum ni, saya ada nyatakan bahawa hidup kita takan pernah sama selamanya. Semakin meningkat usia kita akan ada banyak hal yang mungkin berubah. Maksudnya, dari ujian yang kecil sehinggalah kepada ujian yang besar yang mungkin akan kita lewati bersesuaian seiring dengan peningkatan umur kita.

Waktu kecil, ujiannya kecil-kecil. Sebagai contoh, jatuh basikal, luka, sakit. Mengapa kita jatuh? mengapa kita? walaupun kita masih kecil, masih belum mengerti, tapi ujian tu tetap ada demi mengajar kita erti kekuatan. Walaupun jatuh, kita bisa bangun kembali.

Tapi, semakin kita meningkat dewasa akan datang hal-hal yang kompleks yang mungkin kita akan fahaminya dengan sendiri. Sebab makin dewasa makin kita tahu dan berakal utk berfikir lebih jauh. 

Mungkin selama ni, selama kita diuji, kita tak terasa diuji. Mungkin? Sebab hal2 yang menguji tu lumrah dalam kehidupan manusia. Seperti gagal dalam peperiksaan, salah faham dengan kawan, iri hati oleh org lain, re-do esaimen, atau mungkin kita tak pernah hadapi rasa sakitnya diuji dengan perasaan hati. Bila kita jauh dari rahmat ALLAH pun kita tak sedar. Mungkin hubungan kita selama ni, smooth, mungkin kita down sekejap, pastu oke. Tapi akan datang suatu masa, satu ujian berat menghempap diri kita tiba-tiba. Sekaligus membuatkan kita rasa payah untuk laluinya. Sakit sangat menanggung derita perasaan.

"Sakit dikecewakan manusia apalah sangat? Tapi pernahkah kita berfikir sejenak? Pernahkah ALLAH kecewakan kita? Adakah datangnya ujian pada kita menandakan ALLAH telah mengecewakan kita? Sebak."

Fikirkan sekali lagi, fikir dengan sedalam-dalamnya. Selama ni kita tak pernah lalui ujian seberat ni, seberat tu, tapi hari ni kita menerima ujian sebegitu. Mengapa? Kejamkah ujian itu pada kita?

Fikir dan teruskan berfikir, tepuk dada tny hati. Adakah ALLAH sedang berbuat kejam pada kita atau sebenarnya Dia sedang memberi perhatian kepada kita agar kita berpaling dan melangkah kembali pada-Nya.

Kejamkah ALLAH mahu kita menangis pada-Nya?
Kejamkah ALLAH mahu kita merintih pada-Nya?
Kejamkah ALLAH mahu kita kembali pulang bertemu dengan-Nya?

Boleh tak walau sedetik pun kita fikirkan segala kebaikan yang ALLAH dah bagi pada kita? Tak terasakah hati nurani kita ni bertapa ALLAH itu Maha Pengasih & Penyayang?

Kejamkah ALLAH memberi sedikit ujian utk beri peringatan agar kembali pada-Nya, sedangkan sewaktu Dia beri kenikmatan kita melupakan Dia?


Sebab ALLAH tak datangkan ujian tu untuk melemahkan hati kita.
Sebab ALLAH cuma tak mahu kita terbuai.
Sebab ALLAH takan jadikan sesuatu tu dengan sia-sia.
Sebab apa pun alasan kita, ALLAH tetap ada dengan kita.
Sebab hidup dan mati kita hanya untuk ALLAH.
Sebab kita sebenarnya tiada alasan pun untuk menjadi lemah bila yang sebenar-benarnya ALLAH masih bersama kita.
Sebab ALLAH akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.
Sebab kalau kita rasa ujian yang kita lalui tu besar, sebenarnya ada orang lain yang lebih besar ujiannya dan bagaimana untuk kita katakan kita tak mampu hadapi sedangkan fakir miskin juga masih bisa bernafas sehingga ke hari ini dan berusaha untuk hidup sedangkan kita sempurna akal beserta rezeki yang melimpah ruah, pernahkan kita merasa lapar & dahaga seperti mereka?
Renungkan.

Sekiranya kita rasa ujian itu terlalu berat utk kita, fikirkan sekali lagi dan lagi dan sehingga kita sedar dan lihat bahawasanya kasih ALLAH selama ni melebihi ujian yang diberi.

"Buatmu teman, maaf andai tintaku menggores hatimu. Sesungguhnya Demi ALLAH Yang Maha Esa, kita dipertemukan atas keizinan-Nya. Kita bersahabat atas Rahmat-Nya. Kita berubah juga atas kehendak-Nya. Demi ALLAH, sesungguhnya aku bersyukur memperolehi teman sepertimu. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu Akhbar. Sungguh kerana kasih ALLAH membawa persahabatan kita sehingga ke hari ini. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. Dikala hatimu merasa sakit, aku juga merasakan perkara yang sama. Namun yakin & percaya, kasih ALLAH tetap akan bersama-sama kita. Inshaa-ALLAH. Semoga ALLAH meredhai persahabatan ini bukan sekadar di dunia shj, malah kekal hingga ke akhirat sana. ALLAHUMA AMIN..."

La Taghar... Akan datang tarbiah dari ALLAH. Solat lima waktu mgkin cukup, namun kita tak pernah berusaha mmberi DIA lebih. Sedangkan Dia kasih, Dia beri, maka kita diuji.

Bagaimana kita mahu mgharapkan lebih andai kita juga tdk berusaha utk berikan yg terbaik? 

"Tak perlu simpan harapan, hanya titipkan doa. Doa yang baik-baik. Insya-ALLAH. Yakin."

Dari ALLAH kita datang dan kepada-Nya kita akan pulang.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH begitu juga dengan yang kurang cuma disandarkan atas diri saya yang hina ini. Semoga entry kali ni bermanfaat dan membantu.


P/s: Kalo saya tulis buku, agak2 laku tak? ngee gedik plk nak tny xD btw lukisan tu saya pinjam lukisan org je tau.


Thursday, 12 December 2013

Like mother like daughter

Assalamualaikum wbt.
Salam sayang dari aku yg mmg jarang2 sekali ngepdate blog. hee :)

Mungkin entry kali bukanlah sesuatu yang menarik, tapi bagi aku, aku nak share benda ni. Tak tahu kenapa. Sama2 lah kita baca. huhu

Pokok. Actually bukanlah nak cerita pasal pokok, tapi semuanya bermula dari pokok.

Ni cerita beberapa tahun yang lalu, mama rajin sangat bercucuk tanam. Even though, laman rumah sekangkang kera, biasalah rumah taman kan. Mama rajin sgt menambah koleksi pokok2 bunga dan kadang2 tu malas nak ambik port pasal waktu tu pun usia masih tak mengerti.

Nak dijadikan cerita sampailah satu tahap tu semua usaha mama macam sia2, sebab depan rumah dah jadi semak samun. bila beliau dah mula buzy, outstation lah, sambung study lah, dan biasalah, bila dah jadi senior ni banyak plk pikul tanggungjawab. Mama seorang jururawat. I adored her too much. Mama sangat unik. Okey back to da story, bertahun2 lamanya, aku memang lansung tak ambil port pasal rumah, lalang tak lalang. Waktu kecik tak faham apa, tapi bila dah besar, masing2 busy, pergi sekolah balik sekolah. Jadi segala bagai benda yang ada depan rumah tu mmg lansung aku tak perasan. Sampailah aku masuk kolej. Semua tu memang aku ignore. Sehinggalah satu masa tu, bila aku balik dari kolej, mama mintak tolong ambikkan daun kari, daun pandan, daun limau purut,  dan cili kat halaman rumah. Aku terfikir, bila plk benda2 ni wujud? Tapi rasanya pokok cili dah tak ada. Okay itu cuma perkara basic, rasanya banyak rumah akan ada pokok2 ni kan?

Sebenarnya ada something yang lain yang sebetulnya aku baru sangat perasan balik cuti sem kali ni.

Okey, potong jap, kat kampung, bila balik jea, tok mesti akan cakap, pokok nangka  mama tu berbuah lagi. Ada buah tu kat dapur. Kalo nak makan ambik le. Tu pokok mama ni pokok mama. erk bila masanya mama tanam? n wow, Im already 20 years and pokok2 tu sgt bermanfaat untuk kami. Im not sure actually mama yang tanam ke apa. Tapi tok mesti akan sebut tu pokok mama. And for sure, mama mmg hantu buah nak2 buah durian dengan buah nangka. Favorite sgt. 

Em... paling mengejutkan, yang aku tak sangka dan jangka lansung bila aku BARU terperasan ada satu pokok ni, depan rumah yang tanah nya sekangkang kera tu dah besar dan berbuah. Subhanallah, tahu pokok apa? Pokok nangka dan ia sedang berbuah sekarang. Oh Tuhan, Demi ALLAH, bila masanya mama bercucuk tanam? Sedangkan beliau tersangatlah busy. Dan tiba2 pulak wujudnya pokok tu depan rumah. Eh masih tak habis berfikir dan masih belum rasa nak bertanya.

Amazing mama. Segala apa yang mama buat mesti berhasil, walaupun lambat tapi akhirnya memang akan memuaskan. I just wanna be like her. Bukan pasal pokok jea, tapi memang banyak perkara lagi yang masih aku tak sempat nak kaji pasal mama.

Kadang tu aku terfikir, aku dah bazirkan selama 20 tahun untuk mengenali mama, mak kandung tuuu... Teruknya aku sebagai anak. Selama ni aku tak pikir lansung nak ambik tahu or pendekatannya untuk kenal mama dengan lebih dekat. Demi waktu, alangkah ruginya aku sebagai anak. Serious talk, bila balik kolej, rasa rindu sangat nak renung raut wajah mama yang aku tak penah luangkan masa untuk merenung. Wajah yg sentiasa mahu berikan yang terbaik utnuk anak2, mungkin adakalanya mama ego, namun jauh disudut hatinya kasih sayang tu melimpah ruah. Mama ada cara tersendiri nak tunjuk kasih sayang tu.

Bagi aku, mama adalah seorang ibu yang sempurna. Well setiap anak mesti akan bangga dengan mak ayah dia kan? So do I.

Kalau dulu aku banyak sgt merungut. Tak pernah nak hargai pengorbanan mama. Mungkin dulu pemikiran masih sempit, masih budak2, sekarang semakin matang. Buat apa2 pon atas izin mama. Semata-mata sebab aku hargai kehadiran mama untuk aku, dan aku hargai setiap keringat dan penat lelah dia mengandungkan aku selama 9bulan, tanda penghargaan atas segala usaha mama mendidik dan membesarkan aku dgn sempurna akal juga Iman. Mungkin mama masih ada kurangnya, namun pada pandangan aku, segala kelebihan yang mama miliki, telah pun menutup kekurangan itu. Takut sebenarnya untuk kehilangan mama. Sebagai anak sulung, aku sebenarnya terlalu manja walau tak kelihatan dari mata kasar namun aku bisa rasai, aku masih perlukan mama.  Sangat2 perlukan mama.

Bila Ain perhati, rupa2nya raut wajah mama dah ditelan usia ni. Tengok balik gambar2 lama, eh? ni muda lagi mana ada kedut2. Bila tengok balik seraut wajah mama sekarang, ada sikit kedutan, cepatnya masa berlalu. Aku semkain takut. Kalau boleh, nak jea aku pohon pada ALLAH agar ditarik dulu nyawaku sebelum mama, tak sanggup rasanya nak hadapi hidup ni tanpa mama. Tapi rasa sayu je hati bila teringat mama penah cakap, kalau mama mati nanti, mama nak anak2 mama yang mandikan mama, jadi imam solat (menitis air mata). Tak sanggup rasanya nak teruskan...

Mama, kalau mama baca blog ain ni (mama pun tak tau ain ada blog)Ain nak ma tahu, Ain mintak maaf selama ni Ain buta mata kepala juga mata hati. Mama nak Ain stay, Ain akan stay. Mama nak Ain belajar, Ain akan buat mama bangga suatu hari nanti. Mungkin terlalu mengada2 membuatkan Ain malas nak berusaha. Tapi percayalah ma, apa yang Ain buat hari ni, apa yang Ain usahakan hari ni, semua untuk mama, semua sebab mama. Bukan untuk orang lain, bukan untuk Ain. Tapi Ain cuma nak jadi anak yang menyenangkan hati. Ain nak senangkan hati mama yang dulu penah susah hati fikir pasal Ain. Ain nak jadi anak yang solehah penyejuk hati ibu bapa. Mungkin kadang kala Ain terkasar, terguris hati mama, mungkin kadang2 Ain pun ego, tapi percayalah mama, dalam hati Ain menangis. Kita sama2 ego kan? Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik? hehehe


That's all utk entry kali ni. So uolls, please please n please hargai ibu ayah kita. Selagi dorang masih ada, tolong senangkan hati mereka atau kita akan menyesal dikemudian hari. Have a good family :D

Thursday, 7 November 2013

Bertemu & Berpisah

"Dipertemukan dan dipisahkan
Semuanya bersebab"

Kadang-kadang cinta tu tak bermakna bila...
asyik fikir tentang dia jea, asyik terbayangkan dia jea, asyik rindukan dia jea.

Pernah tak kita...?

Terlintas macam ni...

Aku rindukan dia kerana rinduku terhadap Rasulullah
Aku cintakan dia kerana cintakan-Mu ALLAH
Aku kasihkan dia kerana kasihku terhadap ibu bapa
Aku dambakan dia kerana dambaanku terhadap syurga-Mu
Oleh itu jadikanlah ceritaku
cerita terindah milikku dengannya
Ya Rabbul Izzati
dengarkan permintaanku
kabulkan doaku
Sesungguhnya hidup dan matiku kerana-Mu
Maka
takdirkan aku dalam takdir yang Engkau redha
Amin Ya Rabb...


Semoga ALLAH mendengarkan kita
Mendambakan dia
 
*Berserah *Tawakkal *Ikhlas *Rela 

"Kerana cinta kepada manusia melebihi cinta terhadap ALLAH
Menyebabkan kita bertindak gila lantas tanpa berfikir panjang tentang baik dan buruk tindakan kita tu"

Astagfirullahalazim untuk masa lalu
Alhamdulillah untuk peluang hari ini

Terima Kasih ALLAH

Apa yang ditemui hari ini
Apa yang diterima selama ini
Apa yang diperolehi hari ini
Apa yang diharapkan selama ini

Semuanya kerana-Mu
Semuanya atas takdir-Mu
Semuanya dengan kehendak-Mu
Semuanya ditentukan oleh-Mu

Hati rela
Hati pasrah

Semoga Engkau meredhai segalanya yang berlaku.

Aku dambakan dia
Semoga kerana-Mu

Jagalah hatiku
Ku simpan untuknya...

 -ANZA13

Rebah


Ya ALLAH
Tiadalah daya seorang hamba berubah tanpa pendorong hidupnya.
 
Terkadang kita rasa kita kuat menghadapi hidup seorang diri. Kerana kita tahu kita ada ALLAH.
 
Tapi... sebenarnya kita lemah, kita mungkin rebah.
 
Iya benar kita akan REBAH tanpa TARBIYYAH, namun disebalik kekuatan kita selama ini ada aura lain yang mampir dan ada bersama kita.
 
Mungkinkah "dia" ibu bapa kita? atau suami? atau idaman hati? atau kerana ALLAH semata-mata?
 
Sebenarnya tak semua manusia bisa gagah tanpa kekuatan di sebalik tabir. Kita pasti rebah jua sekiranya kekuatan sebenar kita telah hilang.
 
Mungkin juga. . . kita masih belum mengerti sepenuhnya apa itu ISTIQOMAH? Atau mengapa perlu MUJAHADAH? Dan bagaimana proses TARBIYYAH? 

Mungkin juga?

Tapi... mampukah kita mengharungi semua dugaan sendiri?
Hati akur masih punya ALLAH, namun disebalik keakuran tu, masih ada rasa lemah sendirian dalam mengharungi badai hidup ni.
 

Mampukan kita? Melepaskannya sendirian?

 
Kita selalu merintih, menangis, meratap pada Dia. Namun masih ada rasa payah utk kita bangkit sendiri jika kekuatan yang sebenar telah pergi meninggalkan kita.
 
Namun, bukankah sebalik segala yang berlaku itu pny hikmah tersendiri?
 
Ujian, dugaan, badai dan segala kisah duka yang terjadi tu sebabkan kasihnya ALLAH pada kita.
 Sejauh mana keikhlasan kita mahu berubah kerana-Nya atau mungkinkah hati kita belum ikhlas sepenuhnya?
 Mungkinkah...?
 
Mungkin ada yang masih bisa berdiri teguh berbaki sisa-sisa semangat yang masih ada.
Mungkin akan ada yang rebah, tak tahu kemana arah. Apa gunanya berubah andai masih byk halangannya? Atau apa makna istiqomah jika Dia masih menduga?
 
Sumber kekuatan kita telah pergi meninggalkan kita. hati seperti tak rela, tapi lupakah kita? Disebalik yg berlaku itu ada sebabnya.
 
Wahai hati,
Pertemuan dan Perpisahan kan lumrah kehidupan.
Kita harus akur dgn ketentuan.
 
So, sebenarnya...

 Hey hey hey, kita nak pergi mana sebenarnya ni? Adakah hidup kita akan berakhir dgn istilah perpisahan? Mungkin episode cerita kita yang berakhir, namun sirinya masih berjalan seperti biasa.
Berakhirnya siri 1, bersambung ke siri 2, jika berakhir siri 2, teruskan melangkah ke siri 3 dan begitulah seterusnya. Hidup kita ni bersiri2 sampailah ke siri kematian. Siri menanti ke alam Barzah, siri kita dibangkitkan kelak, dan final destination kita bila kita berjaya melangkah ke syurga ALLAH.
Am i Right?
 
"Sakit ditinggalkan manusia, ALLAH boleh rawatkan. Tapi kalo sakit ditinggalkan ALLAH? siapa lagi yg nak rawat melainkan ALLAH?"
 
Hmmm... yeah, org kata, cakap mmg lah senang. Tapi yg nak menanggungnya kita.
 

Sape kate ISTIQOMAH ni senang? Susah serius, tapi sekali kita dah melangkah, jgn pernah toleh ke belakang lagi, teruskanlah melangkah walau ianya sgt payah. Pahitnya Mujahadah kerana Manisnya Surga ALLAH.
 

Pabila kita telah melangkah ke satu fasa lain dalam hidup kita,
 
 
CHAIYOK CHAIYOK HATI, JANGAN REBAH SEKARANG, REBAHLAH PABILA REBAHNYA TUBUHMU KE TANAH, NAMUN REBAHMU DENGAN TERPUJI :')

Monday, 30 September 2013

Kecantikan Abadi

Assalamualaikum WBT.
Lamenyer tak menaip, jari jemari ni gedik-gedik nak menari-nari atas keyboard.
Nak kata tak ada kelapangan, tak gak. Cuma ketandusan idea ja. Otak ni macam dah tepu. Kita ni bila nak menulis something yang best, gempak, justeru bermanfaat, kena ada feel. Moood tu perlu, dan yang penting, hati mesti berbunga-bunga. Ni bukan citer dalam hati ada taman yang jiwang karat tu ea. Ni citer sal rasa kecintaan kita pada Yang Maha Esa. Pada Tuhan Yang Satu ni pun kita perlu ada rasa kecintaan yang sangat mendalam. Bilamana rasa cinta tu kurang, ianya sangat susah untuk kita fokus pada misi utama kita dalam meraih Redho-Nya ;)

Rasa tu ada, cuma terkadang suam-suam kuku, pastu berkobar-kobar, suam lik. Dah tu acanor la ee?

Based on title, 'kecantikan abadi'.
Apa itu definisi cantik yang sebenar-benarnya?
Kita ni pandang dari sudut mana?
cantik dalam ke cantik luar? 
kalo cantik luar, memang payah dapat, sebab manusia ni memandang sesuatu dari sisi kesempurnaan yang sempurna. Erk, kompleksnya ayat. Macam ni lah, Lumrah manusia, kalo dah nama cantik, of course lah kita nak yang sempurna tanpa cacat cela kan?
 Itu cantik luaran. So persoklan sekang, Yang mana jadi pilihan hati kita? Luaran atau dalaman?

Okay, let say cantik dalaman. Apekah ciri-cirinya? Mestilah solehah kan? so antara cantik Luar dengan cantik dalaman ni kan, yang mana kecantikan yang kekal abadi? Mestilah kesolehahan yang menjadi akar kepada kecantikan dalaman kita betul tak? tapi saya tak rasa nak hurai banyak-banyak tentang solehah sebab saya sendiri belum cukup solehah. 

Cuma apa yang saya nak tekankan kat sini, kita ni terlalu memandang dari sudut kesempurnaan luaran sehingga menyebabkan kita lupa, kesempurnaan itu hanya pada Dia.

Kita boleh jadi sempurna, dari sisi lain, iaitu bila sempurnanya Iman kita, sempurnanya rasa kecintaan pada Yang Maha Pencipta. Dengan itu, kemungkinan kita boleh menjadi hamba yang sempurna Imannya. Hanya sempurna Iman, tidak sempurna hal-hal yang lain. Sebab dalam konteks manusia sebagai hamba manusia tak ada yang sempurna. Yang sempurna tu hanya pada Dia. Okay faham tak? mungkin kompleks skek nok pehe ke? So, paham-pahamkan jela ea?

So kepada para Mar'ah Solehah, jom sempurnakan kecantikan kita, kecantikan abadi. Sentiasa tanamkan dalam diri,
Perempuan tak cantik kat dunia pun tak apa, asalkan Solehah. Mesti jadi perhatian Penghuni Langit. Sebab Mar'ah Solehah cantik di Surga."


Kalo dah cantik kat surga, kat dunia apatah lagi, mestilah jadi Secantik-cantik perhiasan. Seindah perhiasan kan Mar'ah Solehah? ;)

Sunday, 18 August 2013

Weird or Incredible?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Entry kali ni tak penting pun, kalo rasa bosan jangan baca, saja nak berceloteh. Biarpun ianya merapu merepek meraban, biarkan ku hanyut dalam duniaku bisa? Aku sukar untuk berbicara malah untuk meluahkan rasa pada teman. Aku hanya bisa memendam rasa, malahan rahasia hatiku hanya terpamer dalam tinta, mungkin jika sukar banget ditebak, akan ku lakarkan rahasia itu pada sekeping kertas mungkin?

Wahhh, puitisnya. Inspirasi by "Ada apa dengan cinta". First tengok cerita tu, tak faham lansung jalan ceritanya. Bila tengok banyak kali baru faham. Malah tak bosan lansung tengok cerita tu.

# Maaf penggunaan bahasa 'aku' diguna pakai dalam entry kali ini. Karna aku sedang berbicara sama diri aku. Bukan pada yang lain.

Puisi Rangga, sebenarnya bahasa itu yang indah. Hanya orang tertentu bisa fahami ya ngak? lols? Apa nih? Aku ni kalo sebut syurga jadi 'surga', rahsia jadi rahasyia', weird or incredible?

Hahaha. Bahasa Indonesia, sedap didengar, sedap disebut. Teratur. Bahasanya tak lari banyak. Kalo dengar bahasa melayu skrg, berterabur. Orang dah tak tahu nak bertutur dalam bahasa Ibunda skrg. Entah apa-apa bahasa lah yang dorang cipta aku pun tak faham.

Okay skrg bukan nak cakap fasal penggunaan bahasa pun. Cuma tiba-tiba hati ini mahu berbicara. Aku tak bisa berbicara pada teman, mereka ngak kan ngerti. Adesh... Gapo la mu huk aloh...

Okay, terus terang, aku tak suka bercakap pada orang yg sememangnya takkan faham apa yang aku rasa. Mereka mendengar, tapi mereka tidak memahami. Malah tidak mendalami pun. Rasa macam tak terlepas beban perasaan tu. Sebetulnya menangis sorang-sorang baru puas hati. Serius. Sorang tak sorang gak la, menangis dalam rintihan kita, pada DIA. Dalam sujud cinta kita pada-Nya?

Rasa terlepas beban tu dari kita bercerita pada orang kan? Malah bila kita mintak pendapat orang pun kadang-kadang feedback tu macam menyakitkan kita balik. Ada pendengar dan penasihat yg baik, tapi byk yg suka pekakkan telinga ja sbnrny. Yang tu mmg rasa macam, hey kau nih, aku tengah serabut, kau boleh prihatin sikit tak. Kadang tu rasa eee sakit pulak hati kite >.<



Kadang tu pulak bila menangis, biar kita sorang-sorng jea, tanak orang tahu. Bukan malu, cuma tak tahu, apa yang perlu dikongsikan sebenarnya? Kau tak tahu apa-apa pasal aku. Biar aku simpan sendiri, biar Tuhan aturkan segala-segalanya untuk aku.

Ni pendapat individu, tak semua suka pendam perasaan. Orang yang suka pendam perasaan ni, dia bukan tak bercerita lansung. Dia cerita, tapi yg basic ja. Yang mendalam sikit dia pendam jea, sbb dia tahu orang tak akan faham pun. Orang macam ni incredible sebab dia boleh selami hati orang sebab dia pendengar yang baik :)

Tapi bagi orang yang suka bercerita, tak kira pada siapa-siapa pun sebenarnya hati dia kosong.


"Kosong, kosong ooo..."

Tahlah aku pun tak faham. Bukannya aku ni reti sangat nak menilai. Tapi bagi aku macam tu lah. Orang macam ni tak ada perasaan. Yang dia tahu, perasaan dia ja orang kena tahu. Yang ni weird. Like seriously (muka serius, dahi berkerut-kerut)

Ada setengah tu, dia suka berada dalam kalangan kawan-kawan yang ramai. Tapi dalam situasi yang lain, dia tanak ada sesiapa pun tahu siapa dia. Means, dia seorang yg perahsia. Orang macam ni, sukar sekali ditebak hatinya, betul. Susah kita nak tahu dia ni jenis yang macam mana. Apa yg dia fikir? Dia mungkin nampak hanyut dalam dunia sendiri, tapi sebenarnya dia sangat alert dgn situasi sekeliling. Dia pemerhati yg baik, erk I mean cekap.
Dia juga mungkin nampak ceria pada dasarny, tapi bila dia dilanda masalah, dia pandai sembunyi. Ini incredible.

Mungkin ada jgk yg suka share everythings, boyfie, girlfie, love, or what eva. Bercakap apa shj yg org lain brcakap. Tapi dalam hati dia sbrny tak ada pun semua tu. Mungkin dia sukakan someone, tapi dia belagak macam eh? hensemnya mamat tu, eh? lawa la awek ni. Kalo dia tak mulakan pun, kawan-kawan dia bercakap pasal perkara macam tu dia pun layan ja, padahal dalam hti dia kosong jea tak rasa apa-apa pun. Orang cakap, layan kepala membe jea tu. lols? ni lebih kurang nak tutup rasa gugup tu. Dia tak suka org tahu perasaan dia dan dia tak nak pun orang tahu perasaan dia. Yg ni nak kata weird ka incredible ka? jawapan pikiaq sendiri. Aku pun tak tau =="

Apa-apa pun yg sebenar-benarnya dalam soal hati & perasaan nih sukar untuk ditebak. Malah, akal pun tak faham apakah rasa hati. Hati cakap lain, akal cakap lain. Tak ke pelik tu? Padahal dalam satu anggota yg sama kan? Boleh pulak ada perbezaan pendapat kat situ. Hmm yg ni weird dan incredible sbb boleh buat kita sendiri tertanya-tanya (garu otak)

So tepuk dahi tanya akal, kita ni weird ka incredible ka?
Adiosssaaa~

Saturday, 20 July 2013

Rasa itu punyaku, hadiah terindah dari DIA...

Assalamualaikum,
Salam terindah ku titip buatmu,
Salam harumnya melebihi harumnya bunga-bunga,
Salam hangat sehangat mentari waktu dhuha,
Salam yang menyatukan rindu antara kita,
Salam rindu hadiah terindah dari-Nya
Allahu Rabbi...


Rindu itu punyaku hadiah paling indah dari ALLAH. Didatangkan istimewa untukku, menusuk jauh ke lubuk hati paling dalam, untuk aku merasakan rindu itu. Terima kasih ALLAH atas pemberian istimewa.

Tidak semua berpeluang merasakan manisnya rindu. Mungkinkah rindu yang bermukim dituju khas buat si dia? Jangan sampai tergelincir ke dalam jurang cinta semu.

Namun rinduku ini rindu yang suci. Sesuci insan yang aku rindui, malah lebih tinggi darjatnya kerana terlalu mulia pada penghuni langit.

Ya Rasul ALLAH, Kekasih ALLAH, Junjungan mulia,
Bagaimana nak aku luahkan dgn kata-kata?
Betapa mendalamnya rasa rinduku ini.
Betapa indahnya anugerah ALLAH yang satu ini, dilemparkan rasa rindu agar aku sentiasa mengingatimu Ya Rasulullah.
Cinta ini cinta luar biasa. Sehingga sebak menitiskan air mata. Tatkala mengingatimu, terasa peritnya menanggung rindu yang menggunung. Anehnya, walau terasa sebak yang tiada tertahan-tahan, perasaan itu dirasakan indah sekali. Hati ingin sekali bertemumu, namun aku hanya umatmu yang hina. Sering alpa dan sering terjerumus dalam kancah dosa. Aku benar malu. Namun aku benar rindu. Layakkah aku merinduimu Ya Muhammad Nabiyyina? 

Tatkala rindu itu hadir menjengah kesepian hati, ada terselit rindu pada cinta insani. Salahkah hati ini pabila ianya datang mengetuk pintu hati?


Ya ALLAH, salahkah hati ini?

Mungkin rindu tak salah, cuma bergantung pada kita bagaimana untuk mengawal rasa rindu yang hadir tanpa diundang.
Ya ALLAH,
bulan ini, bulan mulia, bulan diampunkan dosa hamba-Mu yang bertaubat.
Sepantasnya rasa rindu yang menggunung itu disulami dengan beribadat pada-Mu.
Meluahkan rasa rindu yang tersimpan melalui bacaan suci ayat al-Quran, zikrullah, dan mungkin dalam sujud cinta kepada-Mu.
Terasa indahnya, namun bukan mudah.
Istiqomah memerlukan hati yang tabah.
Andai lemah-lemah, Iman juga mudah rebah.


Mungkin perit memendam rasa,
Mungkin sakit menahan perasaan,
ALLAH kan ada?
Tidaklah Dia menentukan sesuatu itu dgn sia-sia.
Pasti bersebab, dan kesudahan yang indah buat kita yang sentiasa sedar dan mengingati-Nya.

Antara hadiah dengan pemberi hadiah, siapa yang lebih kita cinta?
Antara rasa rindu dengan pemberi rasa rindu, yang mana kita lebih hargai?
Antara si dia dengan DIA yang mana patut kita lebih cinta?

Melalui rasa itu, kita jatuh cinta, kita rasa rindu. Segalanya melalui DIA. Mengapa melebihkan pemberian daripada Pemberi?

ALLAHU RABBI :'(